Author: Cahaya Purnama

  • Harapan Kita Ramadhan Ini

    Ku mengharapkan Ramadhan
    Kali ini penuh makna
    Agar dapat kulalui
    Dengan sempurna

    Selangkah demi selangkah
    Setahun sudah pun berlalu
    Masa yang pantas berlalu
    Hingga tak terasa ku berada
    Di bulan Ramadhan semula

     

    (more…)

  • Berbuka Puasa

     

    BERBUKA PUASA

    “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim

    Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa.  Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa.  Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat  Maghrib.  Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

    “Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.”  -HR Bukhari Muslim.

     

    (more…)

  • Bayar Zakat Fitrah Guna SMS

    Berikut adalah cara pembayaran zakat fitrah melalui SMS. Kepada pengguna celcom, ini merupakan langkah paling mudah untuk anda membayar zakat fitrah.

    Perkhidmatan dibuka kepada pengguna semua pelanggan Celcom Sempena bulan Ramadan.

    Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter zakat untuk membayar zakat fitrah kerana segalanya berada dihujung jari anda. (more…)

  • Kelebihan Sahur Dan Tamar

    KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

    “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”  -HR Bukhari dan Muslim

    Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan  diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.  Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa.

    (more…)

  • Tabiat Merokok Ketika Berbuka Puasa Boleh Membawa Maut

    merokok

    Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

    Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. (more…)