Berikut adalah cara pembayaran zakat fitrah melalui SMS. Kepada pengguna celcom, ini merupakan langkah paling mudah untuk anda membayar zakat fitrah.
Perkhidmatan dibuka kepada pengguna semua pelanggan Celcom Sempena bulan Ramadan.
Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter zakat untuk membayar zakat fitrah kerana segalanya berada dihujung jari anda.
Cara Bayar Zakat
Perkhidmatan M-Fitrah menyediakan akses mudah untuk mereka yang tidak berkesempatan membayar zakat fitrah untuk ke kaunter zakat fitrah, mereka yang kurang upaya atau sesiapa yang ingin membuat pembayaran tepat pada masanya dengan cara mudah.
Cara mudah membayar zakat fitrah ini segala transaksi hanya mengambil masa kurang dari tiga minit.Sucikan harta anda dengan mengeluarkan zakat.