Author: Cahaya Purnama

  • Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012

    internet Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012 Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

    Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

    Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain.

    Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog, atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

    Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker).

    Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

    Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

    Blog: http://stop114a.wordpress.com
    Facebook: http://www.facebook.com/evidenceamendmentact



    Informasi Kini

  • Cuti Sekolah 17 Ogos Sempena Hari Raya

    cuti Cuti Sekolah 17 Ogos Sempena Hari RayaIni adalah surat siaran dimana cuti sekolah sempena hari raya mulai 17 Ogos 2012 bersamaan dengan hari jumaat telah dikeluarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia.

    Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa tarikh yang ditetapkan itu adalah cuti umum bagi seluruh negara dan juga pihak sekolah.

    Cuti ini diberikan awal sehari bagi memudahkan semua umat islam yang menyambut aidilfitri dan membuat persiapan awal dimusim perayaan ini.

    Surat Siaran Cuti Umum 17 Ogos 2012

    cuti+raya+2012 Cuti Sekolah 17 Ogos Sempena Hari Raya
    Dimaklumkan juga bahawa Hari Raya dijangka akan jatuh pada 19 Ogos 2012.



    Informasi Kini

  • Hadis kesembilan ( Hadis 40 Imam Nawawi )

    مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

     

    (more…)

  • Marilah Berzikir

    Berzikir

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (١٠)

    [al-Jumuah 62:9–10] (more…)

  • Rahsia Anak Hebat

    Rahsia pertama: Anak hebat punya matlamat yang jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya itu. Apabila ditanya apa cita-citanya apabila dewasa nanti, anak hebat boleh memberikan jawapan dengan pasti akan cita-citanya itu. Matlamatnya cukup jelas.

    Malah dia tahu kenapa dia mahu mencapai cita-citanya itu dan untuk apa. Dia cukup yakin bahawa hanya faktor masa sahaja yang menghalangnya mencapai cita-citanya sekarang. Namun satu hari, ia pasti menjadi kenyataan. (more…)