Kenali, Atasi Dan Jauhi Penyakit Batu Karang
Apa itu penyakit batu karang?
Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.
Bagaimana boleh terjadi?
Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh. Selainnya, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya. Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mumpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.