Cara Mengatasi Kulit Berminyak

 

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:

 

  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.

 

Merawat muka berminyak dengan buah epal :

 

Caranya..

Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar,

kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air.

kemudain ratakan keselurah wajah ( pastikan wajah dibersiahkan terlebih dahulu )

biarkan selama 20minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan air sejuk.

lakukan seminggu sekali..insyaallah…selamat mencuba  😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *