Category: Pengajaran

  • Syarat Menuntut Ilmu-Belajar Wajib Berguru

    Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan seseuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru. Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.

    Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W., manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu’llah yang dizahirkan iaitu “Iqra’”.

     

    (more…)

  • Penampilan Diri Dan Aurat Seorang Wanita

    PERHIASAN DIRI SEORANG WANITA   

     1 . Bulu kening

    Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) ” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

     

    2 . Kaki ( tumit kaki )

    ” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan “An-Nur : 31

     

    (more…)

  • Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali

     

    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

    bertanya ( teka-Teki ) :

     

    Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”

     

    Murid 1 = ” Orang tua ”

    Murid 2 = ” Guru ”

    Murid 3 = ” Teman ”

    Murid 4 = ” Kaum kerabat ”

     

    (more…)

  • Manusia Dan Kehidupan

    Manusia & Kehidupan

     

    “Hendaklah anda menjadi seorang yang mampu tersenyum dalam kecelakaan, tenang dalam memperolehi keuntungan, sopan santun dalam marah, jujur dalam miskin, penolong dalam bekerja dan berani dalam                berperang”…

    —  Jamalus Johan

     

    “Hidup tanpa pujian adalah hidup yang kosong. pujian yang sewajarnya adalah anak kunci hati manusia, tetapi pujian yang berlebihan akan mematikan jiwa seseorang”…
    —  Hukamak

    (more…)

  • Hikmah Meninggalkan Bercakap Bohong

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
    “Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?”
    “Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

     

    (more…)