≡ Menu

Hadis ke-14 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيْبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Daripada lbnu Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina,nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 

HADITH 14

 

On the authority of Ibn Mas’ud, radiyallahu ‘anhu, who said: The Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:

“The blood of a man who is a Muslim is not lawful (i.e. cannot be lawfully shed), save if he belongs to one of three (classes): a married man who is an adulterer; life for a life (i.e. for murder); one who is a deserter of his religion, abandoning the community.”

[Al-Bukhari and Muslim]

 

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Terpelihara darah orang Islam :

orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar – Allah janjikan azab yang pedih.

orang yang bunuhnya secara sengaja juga bukan dengan hak – janji dilaknat oleh Allah dan diazab.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Rasulullah menjelaskan – membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan.

 

2) Zina orang yang berkahwin :

– Ijma’ ulama’ hukumnya direjam sampai mati – kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah – ayatnya

telah dinasakhkan – hukumnya masih dipakai.

 

3) Membunuh dengan sengaja :

– Ijma’ ulama’ mengatakan hukumnya balas bunuh – qisas (al- Maidah :45).

– Dikecualikan (gugur qisas):

i) bapa bunuh anak

ii) orang Islam bunuh orang kafir

iii) orang merdeka bunuh hamba.

– pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi’e.

 

4) Murtad :

Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan – bunuh.

Hadis Nabi kepada Mu’az ketika ke Yaman – Bila murtad – nasihat, ajak kembali semula kepada Islam

– jika enggan – penggal leher.

 

5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:

Liwat – muslim yang telah berkahwin atau bujang – bunuh.(hadis).

Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam. – bunuh.

Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun.

Orang yang meninggalkan solat.

Tukang Sihir – apabila sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).

 

Pengajaran hadis:


Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara’.

Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’ dan orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

1 comment… add one
  • mahadzira 22/02/2013, 10:15 am

    tq sdra kerana info agama yg baik bernas hadis. tafsir imam nawawi

Leave a Comment