≡ Menu

Hadis ke-15 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia

diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 

HADITH 15

 

Abu Hurairah, radiyallahu ‘anhu, reported that the Messenger of Allah, , said:

“Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest.”

[Al-Bukhari and Muslim]

 

Kefahaman Hadis :


1) Pergaulan yang baik – menyebarkan kasih sayang antara manusia

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

mahabbah sesama ummat.

– mengeratkan lagi ikatan

 

2) Menjaga Lidah

– berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -diam lebih baik.

– perkara kebaikan – bercakap adalah lebih baik.

 

3) Memuliakan Jiran :

i) wasiat mengenai jiran – ayat Quran – hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka

jiran boleh mewarisi)

ii) Larangan menyakiti jiran – hadis- hadis berkaitan.

iii) Ihsan pada jiran – hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.

iv) Martabat jiran :

i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)

– hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.

ii) Jiran Muslim – hak jiran dan Islam.

iii) Jiran Bukan Muslim – hak jiran.

 

4) Memuliakan Tetamu :

– Hukumnya adalah wajib – tempoh tiga hari.

– Adab-adab melayani tetamu – rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.

 

Pengajaran hadis:


Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan

berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.

Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.

Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

0 comments… add one

Leave a Comment