≡ Menu

Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

internet Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012 Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain.

Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog, atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker).

Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

Blog: http://stop114a.wordpress.com
Facebook: http://www.facebook.com/evidenceamendmentact



Informasi Kini

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment