≡ Menu

Jutaan Rakyat Syria Bersumpah Untuk Syahid !

  • Murah Giler barang-barang ni Jom Tengok dulu !!
  • Kita panjatkan doa qunut nazilah untuk saudara-saudara kita di Syria. Semoga Allah terima amalan kita sebagai usaha membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.

    Nu’man bin Basyir r.a melaporkan bahawa Nabi s.a.w. berkata:

    “Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    FATWA ULAMA SYRIA

    Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya’aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

    Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri.

    Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia.

    Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria.

    Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

    Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

    Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

    Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

    Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

    Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

    Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim

    PUISI UNTUKMU, SYRIA

    Saudara-saudara Islamku di Syria,

    Hatiku bersama hatimu
    Jantungku berdegup bersama jantungmu

    Aqidahku bersama aqidahmu
    Tuhan kita hanya SATU… Allah!
    Nabi untuk kita hanya satu…Muhammad s.a.w

    Akhawatmu akhawatku
    Ikhwanmu ikhwanku
    Anak-anak lelakimu, anak-anak lelakiku
    Anak-anak perempuanmu, anak-anak perempuanku
    Ibubapa kamu, ibubapaku

    Kita adalah satu jasad
    Kita adalah satu ummah

    Perjuangan kita hanya satu
    Membebaskan bumi ini dari para taghut
    Menyebar keadilan ke seluruh benua

    Kutangisi pemergianmu
    Namun
    Aku berbangga
    Sekaligus…
    Aku cemburu
    Menyaksikan impian Rasulullah s.a.w yang tidak tercapai
    Dianugerahkan Allah buatmu

    Itulah SYAHID.

    Ya Allah,
    Ampunilah segala dosa kami
    Maafkanlah segala kelemahan kami
    Dalam mentaatiMu

    Ummu Abbas

    Comments

    comments

    { 1 comment… add one }
    Cancel reply

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.