Assalammualaikum..
Sepertinya, sudah lama tangan ini tidak menulis coretan kisah duniawi yang penuh dengan pancaroba serta kata-kata tidak terungkap. Dunia yang isinya penuh dengan ragam-ragam manusia, ada yang gembira, ada yang bersedih, ada yang ketakutan, ada yang bersenang-lenang dan berbagai-bagai lagi.
Tapi, apa yang pasti setiap manusia tidak akan lari dari kesedihan. Kesedihan bukan lah dijemput, tidak juga dipinta. Tetapi mengapa ia terjadi kepada setiap insan? Sudah tentu kerana manusia mempunyai rasa yakni perasaan.
Ada satu ayat yang pernah saya baca di sebuah laman sosial, Ayat nya berbunyi
‘‘Kerana sesuatu yang kita sayang itu adalah ujian”.
Ungkapan ini bermaksud, benda yang kita sayang, orang yang kita sayang, atau apa2 yang kita sayang boleh jadi satu ujian untuk diri kita. Dan ujian itu berkemungkinan boleh menyebabkan kita rasa sedih.
Apakah ujian itu? Biasanya kita merasa kehilangan yang kita sayang itu akan menyebabkan kita bersedih. Apabila bersedih kita pun tak lalu nak makan, murung, nak senyum pun susah dan sebagainya. Tapi tak mengapa, sedih itu wajar dan lumrah. Kerana sedih itu juga adalah perasaan.
Tapi.. sampai bila hendak bersedih ? Sampai bila-bila ? ermm.. jangan…
Kerana kita hidup bukan untuk bersedih sepanjang masa..
Kerana kita hidup bukan untuk mudah menyerah kalah..
Apatah lagi berputus asa,, Ia hanya buang masa .. Dan sia-sia..
Apa yang perlu kita buat adalah..Dirikan solat, jangan tinggal solat dan mohonlah kepada Allah S.W.T agar diri menjadi lebih tenang. Berdoalah selalu..
Kuatlah… Bertahanlah.. Terus Maju ..Melangkah ke hadapan..
Selagi nafas tak terhenti, selagi itu lah kita teruskan hidup dan mencari keredhaan-Nya.. jangan mempersia-siakan masa yang berharga dengan menyesali perkara yang tiada.. Namun, apa yang pasti “rasa” itu sukar untuk diungkap dengan kata, tapi Allah mengetahui apa yang kita rasa =)
Berdoalah kepada Allah … ^^