Jom amalkan makan lobak dalam pemakanan harian kita. terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kebaikan lobak:
Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah
Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
Tekanan: Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.
Jantung Sihat: Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membersihkan Badan: Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
Antiseptik kuat: Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.
Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.
Untuk pengetahuan anda, kulit lobak sangat banyak khasiat, jadi di nasihatkan supaya anda tidak membuangkan kulit lobak, basuh bersih-bersih dan terus masak, tanpa menghiris kulit lobak, kerana itu lebih baik.