≡ Menu

Kelebihan Memeluk Isteri

Pahala Memeluk Isteri, tidur peluk isteri, peluk isteri dari belakang, kenapa suami tidak peluk isteri, pahala peluk isteri, rindu pelukan suami, peluk dari belakang, dakapan suami

Berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata:

  • Seseorang individu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh seseorang.

  • Namun demikian, sebagai seorang yang beragama Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks : ‘Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
  • Hormon endorfin merupakan sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak dan berfungsi sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
  • Selain itu, ia memberikan impak positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan.
  • Tambahan lagi, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.
  • Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
  • Oleh yang demikian, untuk suami yang menginginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
  • Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
  • Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.