≡ Menu

Definasi Cinta Yang Sebenar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
cinta sebenar, cinta sejati, cinta menurut islam, apa itu cinta sebenar, erti cinta sebenar, apa itu cinta sebenarnya, maksud cinta dalam islam, apa itu perasaan cinta, maksud cinta sejati, perkataan cinta, apa itu cinta sejati, cinta itu, saat jatuh cinta dalam islam, definisi bercinta, istikharah cinta dalam islam, tragedi cinta,

Definasi Cinta Yang Sebenar

Cinta itu suci… Begitu sifat cinta pada asalnya,yang tidak dinodai dengan dosa dan maksiat. Cinta yang tidak berlandaskan nafsu dan keinginan semata –mata itulah yang dikatakan cinta yang suci. Cinta yang mengharapkan keredhaan Allah dan cinta yang kekal selamanya hingga ke syurga.

Cinta itu diibaratkan seperti bayi yang baru lahir yang tidak mempunyai dosa… sehingga ia meningkat dewasa dan mengetahui pelbagai perkara. begitulah fitrah seorang bayi.. mana mungkin seorang insan itu menolak cinta yang menjadi kurniaan dan anugerahnya yang menjadi fitrah kehidupan setiap yang bernyawa, hatta haiwan yang hanya mempunyai nafsu sahaja, Allah kurniakan rasa cinta.. Apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan nafsu, tidak sepatutnya untuk kita menafikan rasa cinta yang hadir ..

Tanpa wanita, lelaki menjadi sunyi.. Dan tanpa lelaki, wanita menjadi lemah seperti moyang kita, Nabi Adam a.s dan siti Hawa. Nabi Adam a.s merasa sunyi tanpa teman untuk bergurau senda di syurga lalu Allah mencipta Siti Hawa yang Allah menjadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s dan Allah menyempurnakan nikah, mahar dan wali mereka..subhanallah!! betapa indahnya cinta yang berlandaskan agama yang tidak dinodai dengan dosa dan maksiat.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tapi menggapai cinta Dia Yang Maha Esa adalah lebih indah dan penting berbanding mengejar cinta makhluknya yang belum tentu kekal hingga ke syurga. Biarlah kita sepi meyendiri di dunia ini  tanpa cinta makhluk asalkan kita tidak sepi tanpa cinta dan kasih sayang Allah. Tanpa Allah dalam hidup kita, kita tidak  mempunyai apa-apa.. Apalah erti hidup ini tanpa kasih sayang Allah kerana setiap tingkah laku kita dengan izin Allah, hatta nak kedip sebelah mata pun perlukan izin daripada nya dan Allah mengizinkan yang sedemikian itu untuk berlaku atas kasih sayangnya betapa sayangnya Allah terhadap kita, begitu makna cinta yang hakiki yang tersirat dalam lafaznya yang indah mempesona.

Indahnya cinta yang suci yang dibina atas niat kerananya. Dan oleh itu, artikal ini saya bina supaya manusia yang berakal lagi waras dapat berhati –hati daripada terambil cinta yang salah dan semoga menggapai cintanya yang hakiki menjadi matlamat utama dalam kehidupan. Percayalah, selagi cinta Allah tidak dapat engkau gapai, maka cinta makhluknya menjadi sia-sia. Semoga Allah menemukan kita dengan cintanya supaya perjalanan kita untuk mencari cinta insannya menjadi mudah dan penuh keredhaannya.. Insyaallah..

by – Zulaikha zinnirah & Aisha siddiqah

KONSEP CINTA DAN KASIH SAYANG DALAM ISLAM ᴴᴰ | Ustadz Abdul Somad, Lc. MA

 

0 comments… add one

Leave a Comment