Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Perhubungan antara keluarga, sahabat dan manusia adalah sesuatu yang perlu dijaga, namun, ia bukanlah perkara mudah jika seseorang individu menanam sifat dan sikap tertentu yang menyebabkan perhubungan tersebut berterusan berhadapan dengan masalah.
Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
Antara Faktor Yang Menyebabkan Perhubungan Menjadi Renggang Adalah :
- Dendam – Apabila hati menyimpan rasa dendam iaitu tidak puas hati dengan sesuatu keadaan, ia akan menyebabkan perhubungan menjadi renggang. Dendam merupakan perasaan yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan seseorang berada di luar kawalan emosi dan mungkin boleh melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan kita. sifat ini sangat tidak bagus oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha untuk tidak tergolong dalam orang yang suka berdendam. bersabar dan memaafkan orang adalah lebih baik dan dapat menenangkan hati.
- Harta – Harta merupakan asset yang berbahaya kerana ia boleh membuatkan seseorang berselisih faham kerana berebutkan harta. Perkara sebegini boleh berlaku dalam ahli keluarga seperti adik beradik. Selain itu, ia juga boleh berlaku dalam hubungan persahabatan. Sikap gilakan harta boleh membutakan hati manusia, kerana mereka hanya ingat pada harta sahaja tanpa mengingati ada perkara yang lebih penting iaitu mencari keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat. Oleh itu, bersikap adil dan bertolak ansur amat penting dalam urusan pembahagian harta.
- Batu Api – kadang-kala terdapat sebelah pihak yang menjadi batu api untuk tidak menyukai seseorang. Apabila pihak tersebut telah berjaya mempengaruhi fikiran seseorang, maka ia akan menimbulkan perasaan tidak puas hati/serong/benci dan sebagainya terhadap orang yang terlibat. Dengan itu, ia akan menyebabkan perhubungan sedia ada menjadi renggan dan mungkin boleh menyebabkan persengketaan juga berlaku. Dalam situasi ini, kita hendaklah tidak mudah mempercayai kata-kata seseorang sebelum menyelidiki sendiri hal yang sebenar. Dalam erti kata lain, jangan mudah percaya jika terdapat individu yang cuba menjadi batu api.
- Dengki – Perasaan iri hati juga boleh menyebabkan perhubungan menjadi renggang. Biasanya seseorang menjadi iri hati apabila memandang orang lain mempunyai banyak kelebihan daripada dirinya. Contohnya dengki akan kekayaan seseorang, pangkat dan kebahagiaan akan menyebabkan hati menjadi tidak sihat. Hal ini kerana ia akan menimbulkan perasaan benci dan tidak puas hati terhadap seseorang individu. Seharusnya, jika kita mengimpikan sesuatu kita hendaklah berusaha dan bertawakal. Jika kita tidak dapat apa yang diinginkan, pasti ada yang lebih baik untuk diri kita. Rezeki Allah s.w.t sangat luas oleh itu sebaiknya elakkan daripada timbulnya perasaan hasad dengki tersebut.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga perhubungan yang terbina teruntamanya ahli keluarga kita. Tanamkan sifat kasih sayang dan jauhkan lah dari segala perkara yang boleh membawa persengketaan. Jaga hati anda, jaga hati mereka, sama-sama menjaga hati