≡ Menu

Koleksi Hadis Kemurniaan Akhlak

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
contoh akhlak baik, akhlak mulim, akhlak muslimah
  • Menyukai Suatu Yang Terbaik – Daripada Sahl bin Saad r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajala adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah” (Riawayat Al-Hakim dan Al-Tabrani)

 

  • Kedudukan Sifat Malu -Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga,” (Riwayat Al-Tirmizi)

 

  • Malu Sebahagian Daripada Iman – Daripadanya Abdullah bin Umar r.a, Nabi S.A.W mendengar seseorang mempertikai sifat malu pada sahabatnya, maka baginda bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

  • Sifat Malu Yang Sebenar – Daripada Imran bin Husain r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

  • Meninggalkan Keraguan – Daripada Al-Hasan Bin Ali bin Abu Talib r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan.” (Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

 

  • Perhiasan Diri – Daripada Aisyah r.ha, Nabi S.A.W bersabda: “Tiada sifat lemah lembut pada sesuatu pun melainkan ia menjadi perhiasannya. Ianya tidak dicaut daripada sesuatu melainkan mencacatkannya”. (Riwayat Muslim)

 

  • Keutamaan Bersabar – Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, Nabi S.A.W bersbda: “Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

  • Kekuatan Diri Yang Sebenar – Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

Hadis Akhlak Mulia – Ust Mohd adlan Mokhtaruddin

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

 

Ustaz Hafiz Mustafa Lubis – 40 Hadis Akhlak Mulia (Hadis 28-30)

40 Hadis Akhlak Mulia

– Hadis 28, 29 & 30 Hadis 28
– tuntutan melebihkan orang lain Hadis 29
– utamakan kepentingan orang ramai (kerja-kerja sosial) Hadis 30
– sentiasa menziarah orang sakit, rakan, adik beradik

 

Kitab 40 Hadith Akhlak Mulia – Ustaz Ahmad Husam

0 comments… add one

Leave a Comment