Peluang kerjaya, peluang bekerja dan juga perniagaan. Mencapai usia dewasa, kita semakin banyak komitmen terutamanya yang melibatkan aspek keperluan harian. Oleh itu, bekerja adalah salah satu cara untuk menyara kehidupan. Namun begitu, tak ramai yang sedar bahawasanya perniagaan juga adalah kerjaya. Ianya merangkumi semua aspek, Cuma bezanya adalah adakah anda pengusaha, pekerja ataupun penggerak industri. Setiap daripadanya memainkan prinsip dan perkerjaan yang berlainan, cuma dibawah satu bidang yang sama.
Seperti yang dijelaskan tadi, kerjaya dalam bidang perniagaan adalah merangkumi pelbagai aspek. Boleh jadi anda bekerja dalam industri jual beli, runcit, borong, pengeluar & boleh jadi juga anda adalah pengeluar sendiri yang berkerja untuk menjayakan industri. Banyak sebenarnya kerjaya dalam perniagaan ni. Jangan beranggapan hanya sekadar penjual sahaja merupakan peniaga. Boleh jadi peniaga yang meniaga goreng pisang tu pun dia bekerja jaga gerai tersebut. Walaubagaimanapun, kerjaya dalam dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan usaha sama setiap penggerak di dalam industri tersebut untuk menjayakan ekonomi perniagaan tersebut.
Ambil contoh seorang seniman. Apakah pekerjaan dia? Ya, benar. Seorang seniman juga merupakan individu yang terlibat sama menjayakan kerjaya dalam bidang perniagaan. Lihat sahaja para artis seperti pelakon ataupun penyanyi, mereka pun berniaga sebagai contohnya jual album, buat pemasaran produk, mengeluarkan produk jenama sendiri & sebagainya. Ini juga merupakan cabang kerjaya dalam perniagaan. Bila ada pengeluar dah tentu ada barisan pekerja yang lain dalam industri tersebut sebagai contohnya Syarikat Media yang menggaji pekerja sebagai wartawan, pemberita, krew rakaman, krew penerbitan, ahli pemasaran & ramai lagi. Ianya satu perniagaan yang melibatkan ramai pekerja untuk memajukan perniagaan tersebut. Siapa saja yang tidak tahu, Syarikat Rakaman atau media sentiasa membuat keuntungan beratus ribu malah ada yang mencecah jutaan ringgit setahun. Inilah kerjaya yang dimaksudkan, perniagaan itu sendiri merupakan kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada ramai individu.
Ambil pula contoh syarikat penghantaran makanan, mereka menyediakan servis menghantar makanan tetapi dalam perniagaan ini melibatkan pemasaran produk makanan & pada masa yang sama menggaji pekerja untuk melakukan aktiviti menghantar makanan kepada pelanggan. Banyak contoh yang ada pada zaman sekarang macam foodpanda, dahmakan, grabfood & sebagainya. Ini juga merupakan satu cabang pekerjaan dalam perniagaan yang bukan sahaja mampu memberi hasil yang lumayan, mahal turut membuka peluang pekerjaan secara meluas tanpa mengambil kira tentang tahap pembelajaran seseorang. Siapa yang rajin, dialah yang untung. Itulah bekerja sebagai peniaga, tak perlu ada sijil pengajian yang tinggi, cukup sekadar ada sifat nak belajar & sentiasa usaha untuk sentiasa maju.
Jadi, jangan takut sekiranya sekarang agak susah untuk mendapat peluang pekerjaan. Kerana kerjaya sentiasa ada di depan mata anda, kita Cuma kurang sedar bahawasanya perniagaan adalah satu cabang bidang kerjaya yang unik. Walaupun ianya nampak sukar, tapi perniagaan juga adalah salah satu cara untuk anda menyara kehidupan padamasa kini. Seorang usahawan akan sentiasa pandang ke depan & berusaha untuk menjayakan kerjayanya dalam perniagaan. Tetaplah berusaha & jangan pernah berputus asa.