≡ Menu

Jom Melancong ke Sarawak – Tempat Menarik di Kuching

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Adakah anda kaki travel? Pernahkah anda berkunjung ke negeri Sarawak?

Sekiranya belum, berikut adalah beberapa destinasi yang perlu untuk anda lawati sekiranya anda bercuti ke Sarawak terutamanya ibu negeri Sarawak iaitu Kuching.

Muzium negeri Sarawak

Sudah tentu setiap negeri dalam Malaysia mempunyai muziumnya yang tersendiri. Namun, jika anda ingin mempelajari sejarah negeri Sarawak dan juga budaya warga tempatan, adalah dinasihatkan untuk berkunjung ke muzium Sarawak. Ianya terletak berdekatan dengan Hotal Merdeka di Datang Kuching. Muzium Sarawak ini kaya dengan hasil Sejarah pembentukan Sarawak & merupakan muzium yang tertua di Bornea yang diiktiraf sebagai muzium terbaik dunia.

Pasar Satok Sarawak

Sekiranya anda penggemar makanan eksotik, bolehlah berkunjung ke Pasar Satok yang lebih dikenali sebagai medan niaga Satok pada hujung minggu Ianya samalah seperti pasar minggu, bezanya buah-buahan yang dijual disini dipetik segar & dibawa oleh penduduk tempatan dari pedalaman untuk dijual kepada pengunjung. Selain itu, anda juga bakal berpeluang untuk mencuba juadah istimewa orang Sarawak iaitu ulat sagu yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong.

Gunung Gading Sarawak

Destinasi yang berikutnya ialah Gunung Gading. Ini adalah destinasi yang sangat popular bagi pelancong kerana tarikan utama Gunung Gading ialah tumbuhan Reflesia yang unik & hanya boleh didapati di Sarawak. Adalah dinasihatkan untuk melawat pada hari hujan atau cuaca sejuk kerana sekiranya anda bernasib baik, anda akan berpeluang untuk menyaksikan bunga Reflesia ini berkembang sehingga 1 meter. Namun, hanya pengunjung yang tertentu sahaja dapat menyaksikannya kerana bunga ini berkembang tidak mengikut musim mahupun waktu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Taman Negara Sarawak

Selain itu, jangan lupa juga untuk berkunjung ke Taman Negara Kubah. Selain daripada tarikam hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang, buaya. Penggemar bunga juga boleh melihat pelbagai jenis bunga orkid yang berkembang mekar di kawasan hutan ini. Terdapat juga reptilia dan amfibia yang pelik yang tidak dapat dijumpai di tempat lain selain daripada Sarawak. Ianya juga salah satu destinasi popular bagi pendaki kerana mempunyai infrastruktur yang baik untuk mendaki ke puncak bukit.

Selebihnya, banyak lqgi destinasi unik yang boleh anda kunjungi seperti Fort Magheritq, Pavilion, Menara Bulat, Kuil Tua Pek Kong, Dermaga Kuching dan banyak lagi.

Setiap destinasi ini mempunyai keunikan budaya dan tarikannya yang tersendiri.

perahu tambang sarawak, kuching sarawak

Walaubagaimanapun, percutian ke Kuching Sarawak mempunyai pelbagai pilihan destinasi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Ramai pelancong asing dan juga tempatan gemar berkunjung ke Sarawak disebabkan oleh tawaran destinasinya yang unik dan penuh bersejarah. Ini adalah percutian yang santai dimana anda boleh memilih samada untuk bercuti di bandar ataupun diluar bandar yang sesuai  dilawati bersama keluarga, berpasangan mahupun bersendirian sebagai backpacker.

2 comments… add one

    Leave a Comment