Category: Pengajaran

  • Kisah Lima Perkara Aneh

    Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
    Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

     

    (more…)

  • Kisah Bumi Dan Langit

    Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
    Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
    Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
    (more…)

  • 7 Jenis Pahala Selepas Matinya

     

    Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

    1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

    2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

    3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

    (more…)

  • Kerana Selembar Bulu Mata, Kita Ke Syurga

     

    Assalamualaikum,
    Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak
    dosa ini... Selembar Bulu Mata…Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,
    ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,
    mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi dia
    berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.
    Saya tidak melakukan semua itu.""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
    betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab
    malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap
    penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg
    sedang berdiri.
    
    
    

    (more…)

  • Santapan Rohani

    Santapan rohani merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan sama
    sekali. Rohani tanpa santapan seumpama jasad tanpa makanannya. Tanpa santapan untuk rohani, ia akan menjadi lemah, layu dan mati sebelum berjaya di dalam perjalanan ini. Santapan rohani hanya sempurna dengan adanya hubungan yang terus menerus dengan Allah swt, ingat dan bersyukur kepadaNya serta melaksanakan ibadat dengan sebaik-baiknya.

     

    Sabda Rasulullah saw:

    “Sesungguhnya Allah telah berfirman: Dan tidak mendekat seorang hambaKu
    kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Kusukai daripada menjalankan kewajipannya, dan selalu hambaKu mendekat kepadaKu  dengan melakukan sunat-sunat sehingga Kusukainya. Maka apabila Allah telah kasih kepadanya, Akulah yang menjadi pendengarannya dan pengelihatannya, dan sebagai tangan yang dipergunakannya dan kaki yang dijalankannya.”  (Bukhari)

     

    (more…)