Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya .
Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya .
Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya .
Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya .
Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya . (more…)
Category: Pengajaran
-
5 Perkara Racun Dan 5 Perkara Penawar
-
Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan
JANGAN ADA BENCI DIHATI
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri
kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya,
orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat
kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain. -
10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna
SEPULUH WASIAT
Hassan al-Banna1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur’an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
-
Empat Jenis Dan Golongan Manusia
Ada empat jenis manusia dalam dunia ini
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwakerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
-
Kisah Neraka Jahannam
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.