≡ Menu

Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

JANGAN ADA BENCI DIHATI
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
BENCI dalam hati mereka.  Tuhan itu maha adil.  Perasaan benci dalam diri
kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.  Misalnya,
orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat
kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

 

KAEDAH MENGIKIS BENCI

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam.  Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa
mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum
tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta
menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MERANSANG KEHEBATAN DALAM PERGAULAN

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang
lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1)  Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2)  Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa).

3)  Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling
kita.

4)  Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5)  Sentiasa memperbanyakkan sabar.  Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6)  Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain.  Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.

7)  Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara
satu dengan yang lain.

8)  Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa.  Peribadi
yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9)  Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain
akan tertarik kepada kita.

10)  Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang
lain, terus ingatkan diri kita tentang mati.  Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.

11)  Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12)  Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13)  Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
simpati dan perhatian.

14)  Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15)  Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
atau
keburukan orang lain.

16)  Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.

TERLEBIH DAHULU BAIKI DIRI

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu  terlebih
dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.  Orang yang mengasihi
dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan
merosakkan dirinya.   Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.  Ingatlah pesanan seorang  sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

0 comments… add one

Leave a Comment