≡ Menu

5 Perkara Racun Dan 5 Perkara Penawar

Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya .
Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya .
Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya .
Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya .
Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya .

Sabda Nabi S.A.W : akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:

Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati .
Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab .
Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur .
Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat .
Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian :

hartanya untuk warisnya .
Nyawanya untuk Malaikal Maut .
dagingnya untuk ulat-ulat .
tulangnya untuk tanah .
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya .

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment