ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
DARIPADA ABDUL RAHMAN BIN SAMURAH RA BERKATA, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:
“SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG MENAKJUBKAN PADA MALAM AKU SEBELUM DI ISRAQKAN……..”
ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
DARIPADA ABDUL RAHMAN BIN SAMURAH RA BERKATA, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:
“SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG MENAKJUBKAN PADA MALAM AKU SEBELUM DI ISRAQKAN……..”
EMPAT TANDA ORANG GEMBIRA DAN BERDOSA
Sabda Rasulullah SAW: “Tanda-tanda orang yang merana (celaka) di dunia ada empat iaitu lupa kepada dosa-dosanya di masa silam, sedangkan cacatannya terpelihara oleh ALLAH, suka mengingati kebaikan-kebaikannya di masa lalu, sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah kebaikannya itu diterima ALLAH, suka melihat orang yang di atasnya dalam masalah dunia dan suka melihat orang di bawahnya dalam masalah agama.
Pembalasan Allah
Bahawasanya orang-orang yang mempunyai hati yang bersih suci dan pemikiran yang lurus sihat meyakini bahawa mereka sekalian akan diberi balasan terhadap amal yang mereka kerjakan dan mereka akan menuai hasil tanaman yang mereka bercucuk-tanam. Jika perbuatan baik yang mereka lakukan, maka balasan baiklah yang akan mereka terima. Jika amal bakti yang mereka kemukakan, maka pahalalah yang akan mereka perolehi. Demikian pula sebaliknya, jika perbuatan jahat yang mereka kemukakan, maka balasan siksalah yang akan mereka tempuhi kelak.
Bagi orang-orang yang melangkah dan menjalani jalan menuju Allah, alangkah
bahagianya hidup mereka. Di dunia lagi mereka telah pun merasai hembusan bayu syurga. Firman Allah swt:
(more…)
Redha Dengan Ketentuan Allah
Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,
setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan
oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah
ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.” (Al Ahzab :
36)
Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah
ditakdirkan Allah kepadanya. Firman Allah:
Saudara-saudariku, teman-temanku semua semoga dada kita dilapangkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang dipenuhi dengan wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri.
Rasulullah saw pernah bersabda:
“Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan.” (Bukhari, Muslim)
Fahamilah saudara-saudaraku, lantaran kesukaran jalan inilah maka jarang
sekali orang yang melaluinya. Di antara yang menjalaninya pula jarang sekali
yang benar-benar menempuhnya. Di antara yang menempuhinya juga jarang pula yang sampai kepada tujuannya dan berhasil mencapai apa yang dikejarnya. Mereka yang berjaya itulah orang yang mulia pilihan Allah untuk makrifat (mengenal) dan mahabbab (cinta) kepadaNya. Kita bermohon agar Allah swt memasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung dengan memperolehi rahmatNya. Tanamkanlah ke dalam hati sanubarimu keazaman untuk menjalani jalan ini. Renungilah firman Allah: