≡ Menu

Redha Dengan Ketentuan Ilahi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Redha Dengan Ketentuan Allah

 

Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,
setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan
oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah
ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:

 

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”  (Al Ahzab :
36)

 

Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah
ditakdirkan Allah kepadanya. Firman Allah:

 

 

“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)

 

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin; ada yang bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya dari keluarga
yang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa ataupun anak-anak serta anggota keluarga yang lain. Sebaliknya ada juga manusia yang berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering memeningkan kepalanya. Di samping itu ada berbagai perkara memuaskan yang dimiliki oleh sebahagian manusia yang tidak dipunyai oleh sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun setiap daripada orang mukmin hendaklah redha dengan setiap apa yang dimilikinya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

 

Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yang
diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu
bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?
Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa
sahaja corak takdir yang menimpa. Bukankah Allah swt telah berfirman:

 
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.”  (Al Anbiyaa’ : 35)

 

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad : 31)

 

Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpaling
di saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak dan
rakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnya
benteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian.
Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amat
dicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:

 

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang
yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”
(Fushshilat : 35)
Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan
kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang
tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

0 comments… add one

Leave a Comment