≡ Menu

Panduan Untuk Lelaki Tampil Lebih Tampan dan Bergaya

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
tips lelaki bergaya

Lelaki juga seperti mana wanita akan melalui situasi masalah jerawat, kulit berminyak ataupun masalah jeragat.
Lelaki yang tampan dan bergaya pasti akan mencari panduan untuk menyelesaikan masalah di atas. Sepatutnya, lelaki tidak perlu untuk menyembunyikan masalah ini atau cuba menyelesaikan masalah ini kerana akan dikatakan cuba menjadi seperti “wanita”.

Apatah lagi lelaki juga dikenali dengan sifat ego atau tidak kisah dengan perkaara yang tidak penting ini. Begitu juga dengan saya, kekadang kurang ambil perhatian kesihatan kulit di muka. Mungkin berfikiran masalah kulit ini remeh sahaja.
Berbeza dengan isteri saya yang begitu mengambil berat mengenai kebersihan kulit muka saya, kadang-kadang dipaksa juga saya untuk mencuci muka dengan sabun pencuci muka yang dibeli. Ada juga masa isteri saya akan periksa muka dank omen mengenai “blackheads” yang ada di muka saya.

Revolusi Lelaki Menjaga Muka

Bagaimanapun, zaman kecantikkan untuk lelaki juga semakin bersinar dengan ilmu dan produk yang pelbagai untuk lelaki menjaga kebersihan muka.

Kebanyakkan orang mempunyai masalah jerawat dan lelaki juga tidak terkecuali daripada masalah ini dan tidak perlu malu untuk merawat jerawat yang ada pada wajah.
Saya juga pernah menggunakan pelembap untuk wajah atau losen badan bagi mengurangkan masalah kulit kusam dan kasar, menjadikan kulit lebih lembut dan berseri.

Justeru, mari kita lihat yang perlu diamalkan oleh setiap lelaki untuk lebih tampan dan bergaya:-

Amalkan Pelembap

Amalkan menggunakan pelembap setiap hari untuk mengekalkan kulit sihat. Ini kerana biasanya kedutan menjengah pada lewat usia dan elakkan daripada masalah penuaan ini.
Nampaknya saya dah kena amalkan pemakaian pelembap untuk kulit wajah saya yang dah semakin di makan usia.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pakai Krim Mata

Krim kontur mata ini jarang dipakai oleh golongan wanita apatah lagi lelaki. Tetapi kebanyakkan lelaki turut sama mengalami masalah ini. Jadi tanggani, dengan menggunakan krim mata yang menangani masalah utama mata seperti lebam bawah mata atau kedut penuaan sekitar kawasan mata. Jangan lupa untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.

Pakai Perapi Rambut

Rambut lelaki juga turut mengalami masalah berminyak. Jadi selain pemilihan syampu yang baik dan bersesuaian, rawatan rambut mahupun gel rambut, perapi antara yang terbaik digunakan untuk rambut sihat, lembut dan halus.
saya juga kadang-kadang terlupa untuk memakai gel rambut apabila datang ke tempat kerja dan kadang-kadang sifat malas yang membuatkan diri ini kurang mengambil perhatian mengenai rambut.

Guna Pembersih Wajah

Lelaki memang suka menjimatkan kos sehingga ada yang rela menggunakan sabun badan yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Tolong jangan ambil ringan perkara ini kerana bagi lelaki yang memiliki kulit sensitive, ia akan menambahkan masalah pada kulit wajah.

Sehingga hari ini, saya belum lagi mencuba sabun badan untuk mencuci wajah sendiri. Masih lagi menggunakan sabun pencuci muka yang di khaskan untuk muka.

Guna Pencukur Berteknologi

Cantik itu mahal harganya. Bagi lelaki yang sinonim dengan penggunaan pisau cukur, lebihkan sedikit baget bulanan kecantikkan anda dengan menggunakan teknologi pencukur yang memiliki mata halus jalur pelembap yang tidak merengsakan kulit.

Yang ini biasanya lelaki akan berjimat sebaik yang mungkin, selagi boleh guna dan tidak berkasar pasti mata pisau pencukur tidak akan di tukar termasuklah diri saya sendiri.
Selagi boleh guna, guna sehingga terasa kasar pada wajah selepas bercukur, barulah ditukar mata pisau pencukur. Perlukan perubahan untuk nampak lebih tampan dan bergaya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan ilmu kepada sahabat saya semua terutamanya lelaki yang mencari-cari panduan untuk lebih tampan dan bergaya semasa di luar sana.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment