عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا ل
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
HADITH 3
On the authority of Ibn Omar, the son of Omar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with both, who said : I heared the messenger of Allah say: “Islam has been built on five [pillars]: testifying that there is no god but Allah and that Muhammed is the messenger of Allah, performing the prayers, paying the zakat, making the pilgrimage to the House, and fasting in Ramadan.”
Penerangan:
1. Islam di bina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak kepada binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.
2. Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.
3. Pengertian kalimah syahadah (kesaksian): Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.
4. Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahada. terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu: Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ihklas tanpa syirik, benar tnapa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.
5. Solat adalh rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalmah syahadah. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.
6. Terdapat persoalan: Mengapakah tidak disebutkan jihad sedang ia adalah amalan yang paling afdhal? Jawabnya: Jihad adalah fardhu kifayah. Ia hanya menjadi fardhu ain waktu tertentu sahaja.