Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar, menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala mereka di kota.
Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.
Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namaun dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendingingkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada kaumnya.
Akhirnya Namrud dan pengikut meneriman seksaan Allah S.W.T dengan didatangi nyamuk yang sangat banyak. Namrud sendiri mati kerana dimasuki oleh seekor nyamuk hingga ke lubang telinganya.