≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Soleh

Nabi Salleh a.s adalah anak „Ubaid bin Jabir bin Tsamud, kaumnya bernama tsamud, iaitu gelaran yang diambil bersempana nama datuknya. Nabi Salleh a.s berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam. Kamu Tsamud mendiami daerah yang sebelumnya menjadi penempatan kaum Ad‟. Negeri tersebut menjadi sunyi sepi selepas ditingalkan oleh kaum Ad‟ akibat kemusnahan. Kaum Tsamud memiliki harta benda, dan hidup dengan penuh kesenangan tanpa sebarang kekurangan malangnya mereka lupa sama sekali terhadap Tuhannya yakni Allah S.W.T.

Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berada di dalam kegelapan tanpa perutusan nabi. Oleh itu Allah S.W.T mengutuskan Nabi Salleh a.s untuk menyeru kaumnya. Nabi Salleh a.s memulakan misinya dengan memperkenalkan kepada mereka Tuhan yang sepatutnya disembah iaitu Allah S.W.T Yang Maha Esa. Walaupun Nabi Salleh a.s telah bersusah payah menyeru kaumnya agar menyembah Allah S.W.T dan meninggalakan penyembahan berhala, namun mereka tetap ingkar dan mencemuh sambil mengatakan Nabi Salleh a.s hanya manusia biasa dan bukan pesuruhNya.

Kaum Nabi Salleh a.s juga menuntut supaya ditunjukkan kepada mereka suatu mukjizat supaya mereka boleh mempercayai dan beriman kepada Allah S.W.T maka Nabi Salleh a.s berdoa kepada Allah S.W.T dan dengan kekuasaanNya keluar seekor unta dari perut batu karang yang besar. Sambil menunjukkan binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu, Nabi Salleh a.s berkata kepada mereka “Inilah unta Allah S.W.T, jangan

kamu ganggu dan biarkan ia mencari makannanya sendiri di atas muka bumi Allah S.W.T. Ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan ternakanmu. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya apabila kamu menggangu binatang ini.”

Akibat daripada sikap tidak mempercayai, mereka menganggu unta tersebut dengan menyembelihnya. Akibat daripada perbuatan mereka itu maka Allah S.W.T menurunkan azab petir dan membinasakan serta menghancurkan golongan yang ingkar itu. Sebelum azab tersebut melanda Nabi Salleh a.s berserta pengikutnya yang beriman berjumlah 120 orang telah pun berhijirah ke negeri lain iaitu Hadramaut dan terdapat riwayat lain yang menyebut bahawa mereka berpindah ke negeri Makkah.

http://www.youtube.com/watch?v=E5UzCPtTopM

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.