Nabi Ismail a.s ialah anak Nabi Ibrahim a.s dan ibunya Siti Hajar. Nabi Ibrahim a.s bersama Siti Hajar berserta puteranya berhijrah ke Mekah yang pada masa itu masih merupakan lapangan padang pasir yang luas tanpa didiami oleh seorang manusia pun.
Lalu Nabi Ibrahim a.s meningalakan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih kecil pada ketika itu di kawasan yang terpencil dan sunyi itu. Sebakul bahan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan akhirnya habis dimakan dalam beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s.
Ketika Siti hajar kehabisan air, ia terasa kehausan dan merasakan susunya semakin berkurangan dan bayinya Nabi Ismail a.s turut menderita akibat kekurangan susu. Demi memikirkan masa hidupnya bersama anaknya yang tersayang.
Siti Hajar terus bermundar- mandir dan berlari-lari anak sehingga tujuh kali di antara bukit Shafa dan Marwah. Siti hajar akhirnya duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa dengan keizinan Allah S.W.T malaikat Jibril a.s mendatangai Siti Hajar dan bertanya beberapa soalan dan menghentakkan sekuat-kuat kakinya ke tanah dan dengan serta merta atas izin Allah S.W.T terpancut keluar air yang jernih yang mengalir keluar sehingga ke hari ini yang lebih dikenali sebagai telaga Zam-Zam.
Selang beberapa hari selepas kejadian itu rombongan masyarakat arab Jurham yang secara kebetulan lalu disitu menjumpai punca air itu dan seterusnya menetap bersama- sama dengan Siti Hajar dan nabi Ismail a.s di kawasan itu. Setelah kembalinya Nabi Ibrahim a.s ke Mekkah untuk menemuai anak dan isterinya yang tercinta beliau terkejut dan tercengang memerhatikan kawasan tersebut sebagai sebuah desa yang subur lagi makmur.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s terus mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan menjadi kunjungan wajib umat Islam yang mengerjakan Haji.
Pada suatu ketika sewaktu Nabi Ismail a.s mencapai usai remajanya, Nabi Ibrahim a.s bermimpi bahawa ia harus menyembelih puteranya. Dengan keyakinan yang benar- benar kepada Allah S.W.T, Nabi Ibrahim a.s pun menyembelih Nabi Ismail a.s yang kemudiannya ditukarkan kepada seekor domba oleh Allah S.W.T dan Nabi Ismail a.s pun terselamat daripada disembelih. Seruan inilah merupakan permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari Raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.
Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa beliau pun berkhawin dengan seorang wanita Jurum. Dari sini lahirlah keturunan anak cucu Nabi Ismail a.s Nabi Ismail a.s yang dikenali sebagai kaum Musta‟ribah ini kemudiannya melahirkan Nabi Muhammad s.a.w.