Nabi Ishaq a.s adalah putera Nabi Ibrahim a.s yang dilahirkan hasil perkhawinan bersama isterinya yang tertua iaitu Sarah. Beliau dianugerahkan Allah S.W.T keturunan yang ramai. Ramai diantara mereka menjadi pemimpin dan ada pula yang derhaka.
Nabi Ishaq a.s dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Yaakub. Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah S.W.T. Nabi Yaakub a.s memperolehi keturunan yang ramai , di antaranya ialah Nabi Yusuf a.s yang juga menjadi Nabi dan Rasul. Nabi Ishaq a.s juga melahirkan keturunan para Nabi dari kalangan bani Israil sehingga kepada Nabi Isa a.s.