≡ Menu

Kata-kata Bijak Imam Hasan Al-Banna

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Imam Hasan Al-Banna telah menyatakan :

“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak.”

Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu.” (QS Al-Ahzab : 21)
———–
Rasulullah saw telah memberi kemudahan dalam hal ini seraya bersabda ;  “Sampaikan dariku walau hanya satu ayat!”
Allah swt berfirman :  “Katakanlah (kepada manusia dengan) perkataan yang benar.” 
Rasulullah saw telah bersabda :  “Bersikap lunaklah kepada manusia dan bersabarlah bersama mereka!”
Sebuah syair bertutur :  “Barangsiapa memiliki “rasa” Islam, ia memahaminya.
Barangsiapa memahaminya, ia bangkit dengan Rabbnya sebagai tebusan.”
——————
Ada sebuah kisah di mana ada seorang lelaki yang diberi julukan “Al-Mustami’ “ (pendengar) kerana ia bergaul dengan para aktivis dakwah yang lain hanya sebagai pendengar setia sahaja.

Namun setelah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki, semua anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjadi aktivis dakwah yang aktif. Mungkin ini merupakan balasan yang agung sehingga Allah swt membuka pintu hatinya.Kita mesti sentiasa merenungkan ungkapan Rasulullah saw ketika dilemparkan batu oleh penduduk Tha’if, hingga kedua tumit beliau berdarah. Beliau tetap tabah dan terus berdoa.

Lalu datanglah Jibril kepada Rasulullah saw seraya mengucapkan salam dan berkata :
“Wahai Muhammad, Allah mengucap salam dan berpesan untukmu. Seandainya engkau mahu, aku akan timpakan dua gunung di Makkah ini kepada mereka!”

Rasulullah saw menjawab, “Tidak! Semoga Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah!”

Hadits ini mengandungi pengertian yang mendalam, kerana Rasulullah saw menganjurkan kita tentang satu pelajaran yang amat agung, iaitu bahawa sikap optimis seseorang pendakwah lebih luas daripada batas-batas keduniaan ini.

Allah swt berfirman :
“Semoga Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Mumtahanah : 7)

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
————
Apabila tujuannya tidak tercapai dan tidak mampu menembusi hati manusia melalui cara ini kerana setiap orang mempunyai keadaan berbeza yang tidak diketahui kecuali oleh Allah swt, maka ia mesti ingat firman Allah swt :  “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki- Nya.” (QS Al-Baqarah : 272)
————
Begitu lama pendakwah itu merenungkan perkataan “man ahbabta” (orang yang kamu cintai), sehingga akhirnya menyedarkan dirinya bahawa :

1. Cinta yang mendalam bukan penyebab datangnya hidayah.Tetapi

2. Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.

Seorang pendakwah yang mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan seperti yang disebut di atas tidak akan kembali lagi kepada orang yang sama.

Sebaliknya, ia akan mempelajarinya untuk beberapa waktu dan dia akan menilai kembali perkara tersebut bersama rakan-rakan pendakwah yang lain, setelah membekalkan diri dengan berbagai pengetahuan tentang :

a. Karakter.
b. Situasi.
c. Lingkungan.Boleh jadi, sebahagian waktu lebih menguntungkan dari sebahagian waktu yang lain; atau sebahagian keadaan lebih menguntungkan daripada sebahagian keadaan yang lain.Ramai orang yang memiliki keadaan peribadi tertentu yang membuatnya tidak mudah terbuka, tetapi setelah beberapa waktu berlalu, keadaannya berubah dan Allah memudahkan urusan serta membukakan hatinya.Maka, kita sebagai seorang pendakwah tidak boleh bersikap tergesa-gesa ketika hendak memutuskan hubungan dengan seseorang, apalagi terhadap seorang objek dakwah.

Kita wajib memahaminya sehingga tidak terjebak dalam sikap putus asa dan mudah memutuskan hubungan.
Satu perkara lagi yang perlu diperingatkan kepada para pendakwah adalah :

“Penampilan seorang pendakwah mesti berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan keadaan”.Maka seorang pendakwah tidak boleh bermuka masam dan menarik muka sewaktu menghadapi seseorang, tetapi perlu berwajah ceria ketika menghadapi orang lain. Bahkan ia seharusnya sentiasa berlapang dada dan ceria sebagaimana sebuah pepatah :

“Carilah kebaikan di saat wajah sedang ceria”.

Sesungguhnya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah, kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik.

Allah swt berfirman :

“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?” (QS ‘Abasa : 1-4)
moge bermanfaat…..islam itu cara hidup..
maka ACTION!..bergeraklah..nasihatilah..tegurilah.. kerana Allah aku disini!
– source
==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment