≡ Menu

Aurat Wanita Menurut Empat Mazhab

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

PERBANDINGAN EMPAT MAZAHAB
BERHUBUNG WANITA MERDEKA NISBAH
PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

 

MALIKIYY 

Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah
(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan
dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi sengan syarat aman
daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.

 

HAMBALIYY  Ada dua qawl:

 

1.  Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka
dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi,
jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup
sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2.  Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada
satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang
paling sahih.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

 

SHAFI’IYY Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi’iyy:

1.  Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih
atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan
oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan
al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’
Shafi’iyyah.

2.  Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah
didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki
ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup
muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat,
tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

 

HANAFIYY  Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu
Hanifah:

1.  Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di
dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan
lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika
ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad,
maka wajib ditutup.

2.  Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua
qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment