- Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari
(Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.
- Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :”Rasulullah sawtidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil”
- Mandi sunat hari raya.
- Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki. Dilaporkan oleh Sa’id Ibnu Jubair, berkata :”3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.
- Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan. Dari Jabir r.a. berkata :”Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hariJumaat”.
- Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
(Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)
- Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.
- Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu :
ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ 3 ﻛﺎﻟﻰ
ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ
ﺃﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪ ﺍﻟﺤﻤﺪ
- Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa
llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar
walillaahil hamd. - Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir
berikut:
ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ ) 3 ﻛﺎﻟﻰ
( ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ ﻛﺒﻴﺮﺍ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ
ﻟﻠﻪ ﻛﺜﻴﺮﺍ ﻭﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻜﺮﺓ ﻭﺃﺻﻴﻼ. ﻻ ﺇﻟﻪ
ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻻ ﻧﻌﺒﺪ ﺇﻻ ﺇﻳﺎﻩ ﻣﺨﻠﺼﻴﻦ ﻟﻪ ﺍﻟﺪﻳﻦ
ﻭﻟﻮ ﻛﺮﻩ ﺍﻟﻤﺸﺮﻛﻮﻥ. ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ
ﺻﺪﻕ ﻭﻋﺪﻩ ﻭﻧﺼﺮ ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺃﻋﺰ ﺟﻨﺪﻩ ﻭﻫﺰﻡ
ﺍﻷﺣﺰﺍﺏ ﻭﺣﺪﻩ. ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪ
ﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪ ﺍﻟﺤﻤﺪ .
Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila.
Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah.
Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil hamd.
- Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.
- Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)
Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari) - Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; Taqabbalallohu minna wa minkum,”Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”
Amalan Sunnah Menyambut Hari Raya Aidilfitri | Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin
Amalan Sunnah Menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah:
Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata:
“Sunat-sunat hari raya ada tiga: “Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”
Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.” Riwayat al-Bukhari (943) Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu),
lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).
Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
أَنَّ النَّبِىَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا
Maksudnya: “Nabi SAW keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya.”