إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ رَوَاهُ وَمُسْلِمٌ
MAKSUD HADIS
Daripada Abu Ya’la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADITH 17
Abu Ya’la Shaddad ibn Aus, radiyallahu ‘anhu, reported that the Messenger of Allah, , said:
“Verily, Allah has enjoined excellence (ihsan) with regard to everything. So, when you kill, kill in a good way; when you slaughter, slaughter in a good way; so everyone of you should sharpen his knife, and let the slaughtered animal die comfortably.”
[Muslim]
Pokok Perbincagan Hadis :
1) Hukum Ihsan – wajib – mengikut istilah “kitabah” yang digunakan.
2) Ihsan – ((memberi manfaat kepada yang lain)) – ada yang wajib/ ada yang sunat.
– ((teliti & sungguh-sungguh )) – dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan
batin (yang paling sempurna).
3) Ihsan dalam hukuman bunuh ;
perelokkan cara tersebut – paling mudah dan paling cepat mati.
tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu.
cara terbaik untuk manusia – penggal leher.
4) Ihsan pada sembelihan :
Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
Alat yang digunakan mestilah tajam – (tidak tulang atau kuku).
Putus tiga urat (serentak) – halqum, marih dan wudjin.
Membaca bismillah (al-An’am: 121)
Berkeahlian untuk sembelih – muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya – tidak pula melampau (putus kepala).
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.
Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.
Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.