≡ Menu

Hadis ke-22 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلی الله عليه و سلم فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتَ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: نَعَمْ رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a.(beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika

aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan

perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa

lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

 

HADITH 22

 

Abu ‘Abdullah Jabir bin ‘Abdullah al-Ansari, radiyallahu ‘anhuma, reported that a man questioned the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, saying:

“Do you see, if I pray the prescribed (prayers), fast during Ramadhan, treat the lawful as permissible and treat the forbidden as prohibited, but do nothing more than that, shall I enter Paradise?” He (the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam) answered: “Yes.”

[Muslim]

 

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) – menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

 

2) Menunaikan Solat Fardhu :

– wajib berjamaah di masjid – pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.

– solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) – kalau mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

 

3) Wajib puasa Ramadhan

 

4) Yakin – mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah – hukumnya kufur.

 

5) Yakin – menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah – hukumnya kufur.

Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:

Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :

i) Larangan (nahyu) – misal (Hujuraat : 12 )

ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) – (Aali ‘Imran : 77 ).

iii) Lafaz tahrim – An-Nisaa’ : 23 ) .

Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah – dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat – sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.

 

Pengajaran hadis:


(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna,  menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.

(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu danmenjauhkan segala perkara yang haram.

Incoming search :
hadis 22,hadis 22 imam nawawi

Comments

comments

{ 2 comments… add one }
  • Muslinah kadar 22/02/2012, 10:51 pm

    Assalammuaikum saya nak minta izin untuk share articles atau hadis yang di-ada di-halaman ini, terima Kaseh.:)

  • cahaypurnama0818 23/02/2012, 11:11 pm

    Silakan…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.