≡ Menu

Hadis ke-23 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ، كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.

Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

 

HADITH 23

 

On the authority of Abu Malik al-Harith bin ‘Asim al-Ash’ari, radiyallahu ‘anhu, who said: The Messenger of Allah, , said:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Purification is half of iman (faith). Saying ‘Al-Hamdulillah’ (Praise be to Allah) fills the scales. Saying ‘Subhanallah wa al-Hamdulillahi‘ (Exhalted be Allah and Praise be to Allah) fills the space between the heavens and the earth. Salah (prayer) is a light. Sadaqah (charity) is a proof. Sabr (patience) is a shining glory. The Qur’an is an argument either for you or against you. Everybody goes out in the morning and sell themselves, thereby setting themselves free or destroying themselves.”

[Muslim]

 

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)

a) pahala pada kebersihan – berganda sehingga separuh pahala iman.

b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).

Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.

c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki

iman itu ialah solat.

d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ – menghapuskan dosa-dosa kecil.

2. Galakkan mengingati Allah ;

 

Pengajaran hadis:


(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.

(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.

(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

0 comments… add one

Leave a Comment