≡ Menu

Hadis ke-34 ( Hadis 40 Imam Nawawi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَان رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalahselemah-lemah iman.

 

HADITH 34

 

On the authority of Abu Sa’id al-Khudri, radiyallahu ‘anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, , say:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“When any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him change it with his hand. If he is not able to do so, then let him change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith.”

[Muslim]

 

Pengajaran hadis:


(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma’aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.

(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.

(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.

0 comments… add one

Leave a Comment