≡ Menu

Hadis ke-37 ( Hadis 40 Imam Nawawi )

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذلِكَ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعُمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

 

MAKSUD HADIS

 

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.

Daripada lbnu ‘Abbas r.a daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu

riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.

Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.

Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke

arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).

Lafaz (‘inda) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya – penterjemah).

Lafaz (kamilah) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya – penterjemah).

Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya : (ﺔﻠﻣﺎآ ﺔﻨﺴﺡ ﻩﺪﻨﻋ ﷲا ﺎﻬﺒﺘآ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi- Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya.  Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut – penulis).

 

 

Pengajaran hadis:


(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.

(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.

(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.

Incoming search :
hadis 37 dari buku hadis 40 imam nawawi,hadis ke 37

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.