لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبْعاً لِمَا جِئْتُ بِهِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ رَوَيْنَاهُ فِي كِتَابِ الْحُجَّةِ بِإِسْنَادِ صَحِيحٍ
MAKSUD HADIS
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah. Dengan sanad yang baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn ‘Amru ibn al-‘Aas r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.
HADITH 41
Abu Muhammad ‘Abdullah bin Amr bin al-‘As, radiyallahu ‘anhu, reported that the Messenger of Allah, , said:
“None of you (truly) believes until his desire or inclination is in accordance with what I have brought or subservient to what I came with.”
[A fine and genuine hadith which was related by al-Maqdidsi in his Book of Hujjah]
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan ‘tidak benar-benar beriman’ bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya