دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
MAKSUD HADIS
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a.,ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
HADITH 11
On the authority of Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Taib, the grandson of the Messenger of Allah, sallallahu ëalayhi wasallam, and who is dearest to him, radiyallahu anhuma, who said: ìI committed to memory from the Messenger of Allah, sallallahu alayhi wasallam, (the following words):
“Leave that about which you are in doubt for that about which you are in no doubt.”
[Al-Tirmidhi and al-Nasaíi related it, and al-Tirmidhi said: It is a good and genuine hadith]
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram – wara’.
langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah – ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan syak dalam hadas – hadis (kentut yakin keluar angin).
4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat
-wara’ sesat namanya – kisah darah nyamuk – orang Iraq.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara’ yang terpuji.
Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.