Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
MATA LALAT
Mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan … dia tinggalkan najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut “kentut lalat”. Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kitaboleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif.
MATA LEBAH
Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. sekali lebah sengat kita, boleh membawa maut taw.. mata lebah jugak memberi hasil yang baik dan manis.. iaitu..madu.
Renungilah bait-bait ini bersama :
“Janganlah kamu dedahkan kejahatan orang lain selama mereka itu menyembunyikannya, nanti Allah akan mendedahkan kesalahan kamu pula kepada orang lain.
Dan kamu hendaklah menyebut tentang kabaikan yang ada pada saudara kamu,apabila disebutkan kebaikannya dan jangan kamu mengaibkan seseorang dengan apa yang ada padanya, nanti akan terjatuh pada kamu juga”