≡ Menu

Jauhi Sifat Munafiq

Untuk mengenal sifat2 munafik ini,kita boleh baca dlm Al-Quran,Suratul Baqarah,ayat 8 – 20.

Jika kita singkap kembali dlm Suratul Baqarah ini,dlm ayat 1 – 5, ALLAH SWT menceritakan ttg kisah org2 yg beriman.Dan dari ayat 6 – 7, ALLAH memaparkan pula ciri2 org2 kafir.Manakala dr ayat 8 – 20 (13 ayat), ALLAH membentangkan sifat2 org munafik,dgn adanya 13 ayat,ini menunjukkan bahwa org2 munafik itu ramai bilangannya.Maka,utk mengenali siapakah org2 munafik ni,marilah kita renung :

 

Ayat 8 :

” Wa mi nan nas” – Dan sebahagian drpd manusia,

“Maiyyaqu lu a man na billah” – Ada yg mengatakan,kami ini beriman dgn ALLAH. [ Tak cukup mrk mengaku  mrk itu beriman dgn ALLAH,mrk berkata lagi,…..]

“Wa bil yau mil akhir” – Dan kami juga beriman dgn hari akhirat. [ Pengakuan mrk yg menyatakan bahwa beriman dgn ALLAH/hari akhirat itu,dinafikan oleh ALLAH…..]

“Wa ma hum bi muk mi nin.” – Walhal ataupun sedangkan manusia2 yg tadinya mengaku beriman kpd ALLAH/hari akhirat itu,sedangkan bukanlah mrk itu org yg benar2 beriman.

Ayat 9 : Sifat2 org2 munafik.

“Yu kho di `u nallah” – Perangai2 org2 munafik ini ialah mrk sentiasa saja menipu ALLAH. [ Tak cukup depa nak tipu ALLAH,…..]

“Wal lazi na a manu” – Disamping org2 munafik menipu ALLAH,mrk juga menipu org2 yg beriman.

[ Dlm ilmu hadis,Nabi menyebut sifat2 org munafik ada `3′ : 1) apabila bercakap,dia suka berbohong. 2) apabila berjanji,dia suka mungkiri janjinya. 3) apabila diberi amanah,dia akan mengkhianatinya.

Yg dikatakan mrk menipu ALLAH/org2 yg beriman,penipuan mrk itu dinafikan oleh ALLAH dgn firmanNya dihujung ayat 9,….]

“Wa ma yakh da `u illa an fu sa hum” – Sedangkan org2 munafik yg kononnya kata nak tipu ALLAH/org2 beriman itu,bukanlah mrk yg dapat menipu org lain,melainkan mrk menipu diri mrk sendiri.

Ayat 10 : Persoalan mengapa boleh mrk jadi munafik?

Jawapannya kita renung ayat 10.

“Fi khu lu bi him ma ra dun,fa za da hu mullahu ma ra dha”

– Para2 ulama mentafsirkan,sebab manusia2 itu boleh jadi munafik krn di dlm hati2 org2 munafik itu ada satu jenis penyakit.Ulama2 menafsirkan bahwa penyakit itu ialah  ada perasaan syak/ragu ttg kehebatan undang2/peraturan2 & ajaran2 ALLAH SWT.Dan ALLAH tambahkan lagi penyakit itu,yg sedia ada dlm hati mrk.

[ Setelah kita cerita ttg hukum hakam ALLAH,undang2 ALLAH,perlembagaan ALLAH,walaupun org munafik ini kadang2 jadi Imam/Muazzin,tetapi mrklah yg menolak hukum hakam ALLAH dgn sekeras2nya.Krn dlm hati mrk ada penyakit syak wasangka terhadap undang2 ALLAH,dan ALLAH SWT tambahkan lagi penyakit yg sedia ada dlm hati mrk itu.Oleh sbb itu,org munafik ni,lagi tua,lagi kuat menentang Islam. ]

Apakah balasan yg ALLAH bagi dekat org2 munafik?

“Wa la hum `a za bun alimmu,bi ma ka nu yak zi bun”

– Maka bagi mrk itu,azab yg terlalu pedih,krn mrk mendustakan,krn mrk tidak percaya dan krn mrk ragu dgn apa yg dibawa kpd mrk drpd ajaran2/ayat2 ALLAH/Sunnah Rasulullah s.a.w.

[ Dari ayat ini,kita perlu didik hati kita supaya tidak ada syak/ragu lagi terhadap perlembagaan ALLAH SWT.Kalau ada syak/ragu utk merealisasikan undang2 ALLAH,maka CONFIRMED `munafik’. ]

Kemudian ust menceritakan ttg `Bapak’ munafik #1 ialah Abdullah bin Ubai dan #2 ialah Abu Amir As-Saifi,yg mrk juga merupakan diantara pembesar2 di Yatrib.Tetapi ,Alhamdulillah,walaupun Abdullah bin Ubai itu presiden `Pertubuhan munafik sedunia’,tetapi anak perempuannya yg bernama Jamilah,adalah Islam.Dan anak timbalan presiden munafik sedunia iaitu anak kpd Abu Amir As-Saifi yg bernama Hamdollah,merupakan seorg pemuda/pejuang Islam.

Apabila Nabi s.a.w. membuka Madinatil Munawwarah,dan mengistiharkan Madinah sebagai Daulah Islamiyyah,maka kedua2 bapak munafik itu pun tak senang duduk,krn mrk merupakan pemimpin2 di kota Yatrib yg paling disegani ketika itu,akan tetapi dgn kedatangan Muhammad s.a.w.,mrk berdua merasakan kedudukan mrk terancam,walaupun mrk mengaku Islam,dgn sembahyang belakang Nabi,pakai jubah macam Nabi,pakai serban macam Nabi,simpan janggut macam Nabi,tapi mrk adalah org2 Munafik.

Tapi,Alhamdulillah,kedua2 org ini mempunyai anak2 yg menjadi pengikut kuat/setia kpd Rasulullah s.a.w.

Cerita ringkas ttg Jamilah/Hamdollah.

Semasa berlakunya peperangan kedua dlm sejarah Islam,iaitu Perang Uhud,kebetulan pula Jamilah baru shj berkahwin dgn Hamdollah pd hari sebelum perang itu meletus.

Dgn hanya baru satu mlm mrk mengecapi nikmat perkahwinan,tiba2 sebelum fajar keesokan paginya,kedua2 pengantin yg baru bersatu pd mlm tersebut,terdengar gendang perang memanggil tentera2 Islam utk turun ke medan peperangan di Uhud.Maka,oleh krn kedua2 pengantin baru ini adalah pengikut setia Rasulullah s.a.w.,walaupun baru satu mlm kecapi nikmat perkahwinan,apabila mendengar paluan gendang memanggil Mujahidin2 Islam utk turun ke medan peperangan,Hamdollah pun bangun dgn tangkasnya lalu dipakai oleh isterinya kpdnya pakaian perang.

Apabila siap Hamdollah memakai pakaian perangnya,maka sbg seorg isteri yg solehah dan berjiwa Mujahidah,dia pun mengiringi suaminya Hamdollah turun ke halaman rumahnya utk mengucapkan `Selamat berjuang’ utk suaminya.Hamdollah pun pergi menggabungkan dirinya bersama2 dgn Mujahidin2 Islam yg dipimpin oleh Pemimpin tentera Islam yg teragung,Muhammad s.a.w.

Pergilah mrk ke medan perang Uhud,maka berlakulah peperangan yg hebat.Ketika di tengah2 pertempuran itu,malangnya Hamdollah telah ditikam dari belakang oleh musuh2 Islam yg datang dr kafir Quraisy Mekah.

Tiba2 apabila peperangan yg sengit itu berakhir,maka apabila mrk memeriksa barisan tentera2 Islam,didapati bahwa Hamdollah yg baru berkahwin kelmarin itu,telah pun gugur sebagai `syuhadah’.

Kemudian diberitahu kpd Nabi s.a.w.,”Ya Rasulullah,Hamdollah anak Abu Amir As-Saifi yg baru berkahwin dgn Jamilah anak Abdullah bin Ubai telah gugur di medan peperangan Uhud ini,wahai Rasulullah.”

Apabila mendengar berita tersebut,lalu Rasulullah pun termenung sambil mendongak kepalanya ke langit,tiba2 dgn kehendak ALLAH SWT, ALLAH SWT telah tunjuk kpd Nabi s.a.w. bahwa jasad Hamdollah yg gugur syahid itu sedang dimandikan oleh para malaikat ALLAH SWT.

Lalu sahabat pun bertanya,”Ya Rasulullah,apakah gerangannya yg menyebabkan kamu mendongak ke langit?”…

Lalu jawab Nabi,”Wahai sahabat2ku,sesungguhnya ALLAH SWT menunjukkan kpd ku bahwa jasad Hamdollah sekarang sedang dimandikan oleh para malaikat ALLAH SWT di langit.”

Apabila sahabat2 mendengar shj keterangan drpd Nabi s.a.w.,lantas mrk meluru pergi melihat jasad Hamdollah yg telah mati syahid,dan didapati benarlah apa yg dinyatakan oleh Nabi s.a.w.,krn mrk mendapati ada titisan2 air sedang menitis di atas kepala jasad Hamdollah.

Lalu sahabat2 kembali kpd Rasulullah,”Benar kata2 mu,wahai Rasulullah,sesungguhnya kami melihat titisan2 air drpd langit jatuh titis demi setitis di atas jasad Hamdollah.”

Lalu Rasulullah menghantar utusan bagi menemui Jamilah,isterinya Hamdollah,bagi mengkhabar apa yg telah berlaku.

Setelah mendengar berita ttg suaminya itu,Jamilah pun memberitahu kpd sahabat,”Wahai sahabat2 Rasulullah sekelian,sesungguhnya suami aku Hamdollah yg baru saja berkahwin dgn aku,telah turun ke medan Uhud bersama Mujahidin2,dlm keadaan belum sempat lagi mengangkat hadas besar krn berlakunya persetubuhan mlm tadi.”….

Lalu sahabat2 pun menemui kembali Rasulillah s.a.w.,dan menceritakan kpd Rasulullah bahwa apa yg berlaku kpd Hamdollah ialah krn dia datang menggabungkan dirinya bersama dgnNabi ke perang Uhud,utk menegakkan Agama ALLAH dan mempertahankan risalah Islam itu,dlm keadaan tergesa2 hingga tak sempat mengankat hadas besar.

Maka kata Rasulullah,”Alhamdulillah,jasad Hamdollah telah dimandikan oleh malaikat ALLAH SWT.”

Itulah ganjaran yg dianugerahkan oleh ALLAH SWT kpd sahabat Rasulullah yg merupakan generasi pertama yg berjuang utk menegakkan Agama ALLAH.

Kesimpulan dr cerita ini ialah walaupun bapak menentang Islam,tetapi anak2 mrk menjadi pejuang2 Islam,bahkan ada di antara pejuang2 Islam yg mengikut jejak2 Nabi s.a.w. gugur sebagai Syuhadah.

Ayat 11 :

“Wa iza khi la lahum”

– Kata ALLAH,apabila Nabi2,apabila pendakwah2,apabila org2 yg membawa Islam,kata kpd org2 munafik,….

“La tuf si du fil ar”

– Janganlah kamu melakukan kerosakan di atas mukabumi.

[ Yg dimaksudkan jangan melakukan kerosakan di atas mukabumi,ialah jangan melakukan kemaksiatan,jangan melakukan kezaliman,jangan melakukan kemungkaran di atas mukabumi.Dan apabila kita mengajak org2 yg munafik supaya tidak melakukan perbuatan2 kemungkaran,tidak menentang ALLAH dan mengajak mrk supaya meninggalkan maksiat,apa kata mrk….

“Kho lu”

– Org2 munafik menjawab,

“In na ma nah nu mus li hin”

– Kami sebenarnya bukan nak buat kejahatan,kami bukan nak buat kemaksiatan,akan tetapi kami inihanya  (kata org2 munafik),sebenarnya org2 yg membuat kebaikan di atas mukabumi ALLAH.

Ayat 12 :

“A la in na hum hu mul muf si dun”

– Sesungguhnya mrk itu,yakni org2 munafik itulah (ALLAH menggunakan kalimah `hum’ 2X,menunjukkan bahwa org2 munafik memang jahat) yg sebenar2nya org2 yg membuat kerosakan di atas mukabumi ini.,

“Wa la kin la yash `u run”

– Akan tetapi mrk tidak sedar hakikat,mrklah sebenarnya manusia yg melakukan kerosakan di atas mukabumi.

Ayat 13 :  ALLAH SWT menyatakan pula,

” Wa i za khi la la hum”

– Dan apabila dikatakan kpd mrk,yakni kpd org2 munafik,

“A mi nu ka ma a ma nan nas”

– Berimanlah kamu wahai sahabat2,wahai kawan2ku,wahai org2 Melayu,wahai yg mengaku Islam,berimanlah oleh kamu sebagaimana org2 lain beriman.Marilah kita pakat2 ikut Islam,marilah pakat2 kita merealisasikan peraturan ALLAH yg ada di dlm Al-Quran dan merealisasikan Al-Quran dlm diri kita,isteri kita,masyarakat kita,negeri kita,pelajaran kita,ekonomi kita,pentadbiran kita,politik kita.Lalu org2 munafik menjawab,

“Kho lu”

– Org2 munafik kata,

“A nuk mi nu ka ma aa ma nas su fa hak”

– Wahai pendakwah2,wahai tok2 guru (org2 munafik menghentam tok2 guru),adakah kami yg hebat2,yg ada pangkat,yg ada kedudukan,yg berpengajian tinggi,yg kaya raya ini,adakah kami nak beriman sebagaimana org2 beriman yg bodoh itu?

[ Puak2 munafik kata dekat org2 yg beriman,yakni org2 yg mahu kpd Islam yg sebenar,ialah org2 yg bodoh.Tuduhan/Kutukan munafik kpd org2 beriman dijawab oleh ALLAH SWT di akhir ayat 13 . ]

“A la”

– Kata ALLAH,sesungguhnya,

“In na hum”

– Mrk itu,yakni org2 munafik itu,

“Hu mus su fa hak”

– Mrk itulah,yakni org2 munafik,ialah org2 yg Bodoh,lagi dungu,

“Wa la kil la yak la mun”

– Akan tetapi,org2 munafik itu tidak mengetahui hakikat kebodohan dan kedunguan mrk.

[ ALLAH SWT menghentam balik org2 munafik dgn perkataan BODOH.Menunjukkan kpd kita  dlm uslub dakwah mengikut Al-Quran,apabila kita berdepan dgn org yg munafik,kita boleh TIBAI dia,kita boleh BALUN dia,kita boleh TENYEH dia,dgn kata2,sampai kpd tulang sum2 dia.Kalau dia nak sedar dgn kata2 drpd kita,Alhamdulillah.Tetapi kalau dia tak mau sedar jugak,memang perangai org munafik ni,memang tak akan sedar,sampai mampuih pun dia tak sedar.Sebab itu,kita boleh gunakan perkataan2 yg kesat terhadap org2 munafik ini. ]

Ayat 14 :  Lagi keras ALLAH SWT menghentam org2 munafik,serta ALLAH membongkarkan/menelanjangi sehelai demi sehelai pakaian org2 munafik kpd kita.Sehingga,sekiranya kita faham betoi2 drpd ayat 8 – 20,kita akan tahu siapakah sebenarnya org2 munafik yg ada di kalangan kita.

“Wa i za la khul la zi  na a ma nu kho lu a man na,”

– Dan kata ALLAH,,”Dan apabila org2 munafik itu bertemu dgn org2 yg beriman,org2 munafik itu berkata : Kami pun beriman juga,kami pun sembahyang di Masjid juga,kami juga dengar tafsiran drpd ustaz2,kami pun pi Mekah jugak,kami pun mengucap dua kalimah syahadah juga,sesungguhnya kami juga org2 yg beriman.”

[ Tetapi ALLAH SWT membongkarkan sifat pembohong mrk dlm ayat seterusnya,

“Wa i za qo lau ila sya thi ni him”

– Dan apabila org2 munafik itu,dia berpaling sat lagi selepas sembahyang Isyak,selepas berdoa,apabila dia keluaq saja drpd Masjid sat lagi,mrk akan bertemu dgn SYAITAN2 mrk.

[ Ulama2 tafsir menafsirkan perkataan SYAITAN disini,ialah kpd pembesar2 org2 munafik,pemimpin2 mrk,YB2 mrk,`datuk-seri’2 mrk. ]

Lalu mrk kata,…

“Kho lu : In na ma `a kum”

– Sesungguhnya kami wahai `Datuk Seri’2,kami pun bersama2 dgn Datuk Seri jugak.

“In na ma nah nu  mus tah zi `un”

– Sesungguhnya,semasa kami duduk di dlm majlis org2 yg beriman tadi,kami hanya memperolok2kan/memperbodohkan org2 yg beriman shj.

[ Inilah kata2 org2 munafik kpd syaitan2 mrk. ]

Ayat 15 :

“Allahu yas tah zi u bi him”

– Mrk (org2 munafik) kata,mrk tipu ALLAH/org2 yg beriman,tetapi ALLAH SWT lah yg sebenarnya yg memperolok2kan org2 munafik.Dan ALLAH SWT lah yg menghina org2 munafik.

“Wa ya mud du hum”

– Bahkan,ALLAH panjangkan umur org2 munafik,termasuklah pemimpin2 munafik.

[ Sebab itu,kita sbg pejuang2 Islam,jangan rasa hairan,jangan rasa putus asa/frust/keciwa,bila berdepan dgnorg2 munafik,walaupun umur mrk panjang,eg,dekat 80 thn pun tak kojol2 lagi,sebab ALLAH SWT telah pun menjelaskan di dlm Al- Quran 1400 thn yg lalu,bahwa ALLAH memanjangkan umur pemimpin2 munafik ini,bukan ALLAH TA`ALA panjangkan umur mrk dlm Islam,bukan ALLAH panjangkan umur pemimpin2 mrk dlm Iman,….]

“Fi tuqh ya ni him”

– Akan tetapi,ALLAH panjangkan umur org2 munafik dlm sifat2  TOGHUT, MELAMPAU, ZALIM, TAKABUR, SOMBONG,

“Yak ma hun”

– Walaupun pd zahirnya nampak senang,tetapi ALLAH menegaskan bahwa mrk ini sentiasa dlm terlalu amat gelisah.

[ Jadi,kita yg faham Al-Quran la ni,jangan putus asa.Utk berdepan dgn org2 munafik ni bukan senang,krn mrk adalah musuh dlm selimut,gunting dlm lipatan,duri dlm daging,musang berbulu ayam.Eg,kalau kita pakai serban,depa pun pakai serban jugak.Kita pakai jubah,depa pun pakai jubah jugak.Kita jadi tok Imam,munafik pun jadi tok Imam jugak.Sebab itulah,utk berdepan dgn geng munafik ni,ALLAH SWT telah memaparkan kpd kita,sifat2 mrk,bermula dr ayat 8 – 20 dlm Suratul Baqarah.

Maka utk point terakhir utk meng`confirmed’kan/atau mengenali org2 munafik,kita lihat ayat 16.Bila kita baca ayat ini,kita akan tau sapa itu munafik dlm kampung kita nanti.

Ayat 16 :

“U la i kal lazi nash ta ra wud dol la la ta bil hu da”

– Org2 munafik itu ialah mrk yg membeli kesesatan utk menukarkan petunjuk.

NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Mrk menolak/menukar Al-Quran dgn petunjuk yg sesat,dgn cara perniagaan mrk,…

Fa ma ro bi hat ti ja ro tu hum”

– Perniagaan mrk,perdagangan mrk,cara pertukaran yg mrk buat itu,sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan kpd perniagaan mrk.Lalu ALLAH SWT menafikan bahwa….

“Wa ma ka nu muh ta din”

– Org2 yg tolak Quran,org2 yg menentang Islam,org2 yg tolak Sunnah Nabi s.a.w.,kata ALLAH,”Mrk itu bukanlah org2 yg mendapat petunjuk.”

“Wahai org2 beriman,jadikanlah diri kamu sebagai pembantu2 ALLAH.”   Sebagaimana berkata Isa ibnu Maryam kpd golongan Hawariyun,”Siapakah di antara kamu,yg sanggup menjadi pembantu aku,utk menegakkan Agama ALLAH?”…Golongan Hawariyun menjawab,”Kamilah yg akan menjadi pembantu kamu,utk menegak ugama ALLAH.”

[ Ayat ini,ALLAH SWT tujukan kpd kita,org2 yg beriman.Maka dgn itu,wahai sahabat2ku yg beriman,”Siapakah di kalangan kita org2 Islam yg sanggup utk menjadi pembantu2 ALLAH,

Wallahu A’lam…

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment