≡ Menu

Khadijah Binti Khuwailid ( Srikandi Islam )

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi.

Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.

Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.

Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”

Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.

Msekipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”

Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril.

Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.

Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.

Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya.

Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.

Perkahwinan Siti Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurniai dengan dua orang putera dan empat orang puteri; Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, dan Fatimah (Fatimah az-Zahra). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.

 

 

0 comments… add one

Leave a Comment