≡ Menu

Mubarak Membunuh Rakyat Mesir

Kata Dr Yusof Al-Qaradhawi: Mubarak Membunuh Rakyat Mesir dan Menjerumuskan Mereka Kepada Kesusahan.

Dr Yusof Al-Qaradhawi, yang memegang jawatan Ketua Konsortium Ulama’ Islam Sedunia menyatakan bahawa Husni Mubarak menjadi punca kepada mengalirnya air mata anak-anak yatim, kematian, dan bertambahnya balu-balu kepada rakyat Mesir berikutan penyerangannya terhadap ahli demonstrasi yang mendesaknya turun. Sedangkan dia sekarang ini sedang bertahan di rumahnya.

Beliau menujukan ucapannya kepada Presiden Husni Mubarak “Kamu tidak boleh membunuh rakyat-rakyat kamu kerana kamu adalah pemimpin mereka dan menjadi kewajipan kamu untuk melindungi mereka”.

Dalam ucapan beliau di sebuah stesen TV (Al-Jazeera), Dr Yusof Al-Qaradhawi berkata bahawa tindakan yang diambil oleh Mubarak sekarang ini menyerupai tindakan yang diambil oleh Firaun pada zaman Nabi Musa yang mana tindakan tersebut diselubungi dengan segala kejahatan dan keburukan.

Beliau juga menyeru agar rakyat Mesir turun bersama ke Medan Tahrir untuk berdemonstrasi bersama para pemuda dengan menyediakan keperluan dan pertolongan kepada ahli demonstrasi.

Beliau menambah bahawa beliau yakin dengan demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat ini adalah suci dan penuh berhemah. Ini kerana rakyat yang berdemonstrasi adalah berada dalam keadaan menjaga maruah dan akhlak mereka. Mereka tidak melakukan kesalahan melainkan hanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan ketidakadilan pemerintahan Mubarak selama 30 tahun. Mereka juga tidak merosakkan harta penduduk awam dan hotel-hotel swasta.

Selain itu beliau menyeru kepada syeikh-syeikh Al-Azhar supaya turut serta dalam demonstrasi ini. Beliau turut berpesan kepada askar Mesir yang terkenal dengan keimanan yang tinggi agar tidak menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa dan turut menyeru kepada Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam dan PBB agar bersama-sama menentang ketidakadilan dan kezaliman.

Wallahu’alam….

Oleh: Hamba Iman

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.