≡ Menu

Pelakon Iklan Raya Bernas

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

iklan1 Pelakon Iklan Raya Bernas 2012 Nampaknya Ahmad dan Fizi pelakon kanak-kanak dalam iklan raya BERNAS 2012 telah berjaya memukau hati ribuan penonton.

Mereka ni merupakan kanak-kanak OKU dan lakonan mereka sangat sayu sehinggakan penonton sebak dan tersentuh hati melihat lakonan mereka.

Dalam iklan raya ni, mengisahkan perjalanan dua anak yatim iaitu Fizi dan Ahmad pulang ke kampung halaman Ahmad di Segamat untuk berjumpa ibunya.

Terdapat pelbagai rintangan yang mereka hadapi ketika pulang ke kampung.

Saksikan video kat bawah ni yang mampu membuat anda menangis. Tahniah diucapkan kepada BERNAS yang menghasilkan iklan yang bermutu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

pelakon kanak-kanak, Fizi dan Ahmad Bernas

Iklan video yang disiarkan di televisyen negara kita sejak minggu lalu ternyata menarik perhatian ramai pihak di negara kita.
Ramai yang berasa sedih dan tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata kerana terkesan tatkala menonton kisah dua orang anak yatim yang ingin pulang beraya di kampung.
Kita pastinya tidak mengenali diri dua orang kanak-kanak pelakon iklan tersebut.
Ramai yang beranggapan Fizi dan Ahmad hanya berlakon sahaja sebagai seorang yang buta dan tuli dalam iklan komersial itu.
Hakikatnya, mereka tidak berlakon dan sememangnya mempunyai kecacatan.
Dan sebenarnya, mereka masih lagi mempunyai ibu.
Di konti radio terkenal Hot.FM, Fizi dan Ahmad telah dijemput hadir ke radio berkenaan sebagai tetamu jemputan AmKrew pagi tadi.
Gelagat kedua-dua pelakon cilik ini begitu lincah dan sangat mesra ketika dilayan oleh penyampai radio itu, Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG.
Fizi seorang yang sangat mesra dan lucu, manakala Ahmad pula sedikit pendiam.
Ahmad hadir ke Hot.FM dengan ditemani ibunya sebagai penterjemahnya ketika dia bercakap.
Mereka berdua ini sememangnya mempunyai bakat untuk menjadi pelakon apatah lagi mampu untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam pembawakan watak mereka.

Semoga, kehidupan mereka sentiasa dilimpahi cahaya kebahagian dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri nanti.
SUMBER : http://mynewshub.my/2012/08/16/fizi-ahmad-bernas-muncul-di-amkrew-hot-fm/

Share and Enjoy

 

0 comments… add one

Leave a Comment