≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s, anak kepada Yarid bin

Mihla‟el bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan merupakan keturunan pertama yang dikurniakan kenabian selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. Nabi Idris a.s tinggal di mesir dan mengajar kaumya ilmu tauhid dan beribadah kepada Allah S.W.T. Nabi Idris wafat pada usia 82 tahun.

Nabi Idris a.s memiliki pelbagai kemahiran contohnya menjahit, menunggang kuda, menulis dan membaca dan mengetahui ilmu bintang dan metamatik. Beliau juga banyak mempelajari kitab-kitab yang telah di turunkan Allah S.W.T kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s.

Nabi Idris a.s juga diberikan gelaran “Asadul Usud” yang bermakana Harimau

segala Harimau kerana berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T. Sebahagian ahli tafsir mengatakan tatkala Nabi Idris a.s mengenali malaikat beliau berhajat untuk mengenali alam ghaib. Keinginan Nabi Idris a.s itu di tunaikan oleh Allah S.W.T dan di bawa naik ke langit ke 4. (sebahagian ahli tafsir mengatakan sehingga ke langit ke 6)

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W dan Jibril a.s melalui suatu tempat pada malam Israk dan Mikraj baginda bertemu dengan Nabi Idris.
Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris a.s sewaktu menyeru kaumnya adalah :
“Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka di dalam doa”

Incoming search :
nabi idris,sirah nabi idris

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.