Nabi Isa a.s merupakan putera maryam yang tidak mempunyi ayah. Beliau di lahirkan dengan perantaraan ibunya sahaja di atas izin Allah S.W.T. Nabi Isa a.s lahir pada tahun 622 masihi . Setelah ibunya, maryam mengandung tanpa suami pelbagai tomahan daripada penduduk sekeliling yang memuduh maryam berbuat zina tetapi maryam adalah gadis yang soleh dan tidak sekali pun melakukan perbuatan sumbang. Apabila Nabi Isa a.s lahir mereka berhijrah ke negeri Mesir untuk melindungi diri mereka berdua daripada orang munafik dan kafir yang tidak suka kepada mereka.
Kemudian apabila Nabi Isa a.s berumur 30 beliau diutus oleh Allah SWT untuk menyeru kaumnya iaitu bani israil kearah kebaikan dan agama Allah SWT. Akibat daripada gerakan Nabi Isa a.s itu ramai diantara orang kafir yang tidak puas hati dan hendak membunuh beliau. Mereka bermesyuarat untuk menangkap Nabi Isa a.s untuk dibunuh (disalib). Mereka mengejar Nabi Isa a.s sehinggalah beliau bersembunyi di suatu tempat. Apabila mereka hampir menangkap Nabi Isa a.s, Allah SWT mengangkatnya naik ke langit dalam usia 33 tahun dan sahabat Nabi Isa a.s yang bernama yahuza diserupakan Allah SWT seperti wajah Nabi Isa a.s. yahuza kemudiannya ditangkap dan disalib kerana mereka menganggap itu adalah Nabi Isa a.s yang sebenar walaupun berkali-kali memberitahu golongan kafir dia adalah yahuza dan bukan Nabi Isa a.s. Maka tamatlah riwayat yahuza dibunuh dan disalib.
Walaupun ramai yang menentang Nabi Isa a.s namun ada juga yang menyahut seruannya dan mereka digelar sebagai orang Nasra ( Nasrani ). Golongan yang menentang Nabi Isa a.s pula digelar orang yahudi dan orang kafir.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s adalah sama dengan RasulAllah yang sebelum beliau dan beliau dikurniakan oleh Allah SWT kitab Injil yang digunakan pakai oleh orang- orang kristian sehingga ke hari ini tetepi malangnya Kitab Injil yang mereka amali itu telah dipesongkan dan telah diubah kandungan.
alhamdullillah kepada illahi saya ingin bertanya adakah ,nabi akan turun ke bumi bersam mahadi untuk membunuh dajal pad sebelum 40 hari kiamat