≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Syuib a.s

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nabi Syuaib a.s merupakan keturunan Nabi Luth a.s dari puak anak perempuannya. Nabi Syuaib a.s diutuskan oleh Allah S.W.T kepada kaum Madyam iaitu segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama “Ma’an” di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa kerana menyembah kepada “Aikah” iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi mangsa kepada pedagang besar dan para pemberi modal.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Nabi Syuaib a.s menyeru kaumnya menyembah Allah S.W.T tetapi seruan tersebut tidak sedikit pun dihiraukan malah beranggapan bahawa kepercayaan mereka itu benar, sedangkan Nabi Syuaib a.s dianggap sebagai seorang yang menimbulkan huru-hara dan pergaduhan. Nabi Syuaib a.s mengingatkan kepada mereka tentang azab Allah S.W.T tetapi mereka tetap ingkar.

Nabi Syuaib a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka diberikan pengajaran dan Allah S.W.T berkenan menerima permohonan itu dan diturunkan dahulu udara yang panas yang mengeringkan kerongkong serta badan mereka dan seterusnya Allah S.W.T menurunkan hujan yang lebat berserta kilat dan guruh yang maha dahsyat sehingga membinasakan mereka sekaligus.

Sebelum seksaan Allah S.W.T itu datang kepada mereka. Naib Syuaib a.s berserta orang-orang yang beriman telah berhijrah ke negeri lain iaitu Aikah.

0 comments… add one

Leave a Comment