≡ Menu

Petua Tips Mudah Bersalin

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kelahiran cahaya mata sememangnya sudah menjadi penantian utama untuk setia ibu hamil. Namun begitu, adalah sangat penting untuk menjaga kandungan & juga kesihatan ibu mengandung. Berikut adalah beberapa tips & petua untuk ibu mudah bersalin bagi memastikan kesihatan diri & kandungan terjamin.

Yang pertama sekali harus dititikberatkan ialah, pemakanan. Ibu hamil sememangnya suka makan, ini kerana mereka akan makan untuk 2 isi perut. Namun begitu, perlu diperhatikan juga gaya makan yang sihat agar bayi membesar dalam keadaan yang stabil supaya bayi tidak melebihi berat yang disarankan agar memudahkan ibu untuk melahirkan bayi dalam keadaan normal. Adalah sangat dicadangkan untuk makan mengikut waktu & memilih makanan yang tinggi dengan serat supaya bayi di dalam kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. Ibu hamil juga boleh lebihkan memakan buah-buahan terutamanya epal, mangga, tembikai & pisang. Tetapi, jangan sesekali memakan buah nenas kerana dioercayai ianya mengandungi tahao asid yang tinggi yang boleh menjejaskan perkembangan bayi yang boleh mengakibatkan keguguran.

Yang kedua, belajarlah untuk bersenam bagi ibu hamil. Sebagai contoh, senaman pernafasan juga boleh memudahkan anda untuk bersalin. Ramai ibu bersalin mengalami sesak nafas apabila tiba waktu untuk melahirkan bayi. Hal ini berlaku kerana kawalan pernafasan tidak dipelajari & ibu meneran dalam keadaan panik. Kawalan pernafasan juga dapat menstabilkan emosi saat melahirkan & juga boleh membuatkan ibu tenang. Selain itu, sekiranya berada di Hospital, sambil menunggu untuk pembukaan kontraksi, sangat digalakkan untuk berjalan itik ataupun duduk bercangkung untuk mempercepatkan pembukaan rahim. Amalan ini sudah lama dipraktikkan oleh orang-orang dahulu & ia sememangnya berkesan untuk memudahkan rahim terbuka untuk melahirkan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Seterusnya, ketahui & pelajari juga cara-cara meneran dengan betul agar anda tidak keletihan atau kekejangan ketika melahirkan bayi. Cara meneran dengan betul bukan sahaja boleh memberi anda keselesaan saat melahirkan, malah ia juga turut membuatkan pembukaan perinium dengan betul agar tidak terkoyak lalu mengakibatkan rahim mengalami pendarahan saat melahirkan. Ini boleh dipraktikkan dari rumah agar anda tidak panik ketika di dalam dewan bersalin. Caranya ialah dengan merapatkan dagu ke dada & merapatkan tubuh ke katil agar pinggul tidak terangkat ketika melahirkan. Tips ini sangat berkesan & telah dikaji dengan mendalam mengenai keberkesanannya.

Selain itu, seperti yang ramai telah sedia maklum. Ibu hamil sangat digalakkan untuk mengamalkan minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun baik untuk diminum mahupun sebagai minyak untuk mengurut. Bukan shaja mengandungi khasiat untuk melancarkan peredaran darah, penggunaan minyak ini dalam mengurut juga turut boleh mengurangkan kesakitan pada sendi & tulang ibu hamil kerana dalam tempoh hamil, pelbagai nutrisi dari badan ibu akan diambil sedikit demi sedikit oleh bayi untuk perkembangan bayi di dalam janin.

Itu sahaja tips & petua untuk mudah bersalin bagi ibu hamil. Terdapat banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan agar kelahiran bayi  anda berjalan lancar & menjamin kesihatan ibu & anak. Rajin-rajinkanlah diri untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kelahiran & apa yang terbaik untuk kandungan anda.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment