≡ Menu

Servis Mesin Rumput Kulim

Assalamualikum…

Kami Menyediakan Khidmat Potong Rumput, Meracun dan Menebang Pokok di sekitar Kulim

Pernahkah anda terfikir dengan kesibukan bekerja dan tiada masa untuk mengemas terutamanya halaman rumah anda ? Kadang kala ramai yang mengabaikan kebersihan dan kecantikan halaman rumah. Dah la kotor bersemak samun nak tengok pun menyampah kadang-kadang. Jangan risau kami ada penyelesaiannya!

Servis landskap halaman, tak kira halaman rumah ke pejabat ke ataupun padang bola sekalipun kami bersedia berkhidmat untuk anda. Nak mesin rumput? Upah tempat lain mahal? Kami menyediakan servis rumah ke rumah, pejabat ke pejabat dan tak kira apa jenis halaman sekalipun, kami boleh selesaikan masalah rumput panjang yang bersawang di halaman anda. Bukan sahaja memesin, malah kami juga akan pastikan halaman rumah anda bersih dan selamat daripada ancaman makhluk perosak merbahaya. Kebiasaannya rumput yang panjang boleh menyebabkan ianya menjadi habitat hidupan liar terutamanya tikus, ular dan juga biawak liar. Dengan ada nya servis ini, anda tidak perlu lagi risau, segala masalah ini boleh dielakkan.

Selain itu, kami juga ada menyediakan servis meracun halaman. Bukan racun untuk merosakkan tanaman anda, ianya bertujuan untuk merencatkan pertumbuhan semak samun untuk jangka masa yang lama. Meracun juga boleh menghindari halaman anda daripada didiami oleh makhluk perosak terutamanya bagi kawasan tanaman seperti tikus, cacing, ular, ulat, siput babi dan sebagainya yang boleh merosakkan dan memusnahkan tanaman anda. Meracun juga merupakan amalan sihat yang boleh memberi keseimbangan kepada ekosistem di kawasan yang anda diami.

Kami juga akan mengemas halaman rumah anda dengan membuang segala sampah sarap yang tidak mampu dibersihkan kemungkinan disebabkan oleh anda tiada masa ataupun diluar kemampuan anda.

Kami akan menyapu halaman yang telah dimesin rumputnya dan mencabut rumput serta mengumpulnya untuk dilupuskan. Kami tidak akan membiarkan halaman anda dipenuhi dengan rumput yang telah dipotong. Kami akan pastikan ianya kemas serta sejuk mata memandang.

Tambahan pula, kami juga ada menyediakan tenaga kerja untuk pekerjaan berat. Contohnya, anda ada pokok yang telah mati ataupun menyampah tengok pokok yang berserabut dengan daun gugur, kami bersedia untuk memotongnya demi anda. Kami menggunakan mesin pemotong yang berkuasa tinggi berkeupayaan untuk memotong segala jenis bentuk pokok. Jangan pokok balak sudah, nanti bayarannya mahal akan jadi isu pula bagi anda. Servis menebang pokok ini juga kami akan sertakam dalam pakej termasuk servis lain atau anda boleh pilih hanya sekadar servis ini sahaja. Bayarannya juga kami yakin, sangat-sangat memadaikan dan diatas kemampuan anda. Mana lagi nak cari servis macam ni? Tepuk dada tanya selera.

Jadi, jangan lepaskan peluang. Hubungi En. Hafiz +6011-10645491 segera! Dapatkan servis ini dengan harga yang menarik sempena promosi masih berjalan. Kami sangat arif tertang permasalahan anda dan kami disini bersedia berkhidmat sepenuhnya demi memastikan anda dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan sepenuhnya.

Yakinlah bahawa kami akan memberi servis yang terbaik kepada anda. Cuba dahulu baru gosip tepi.

Hubungi En. Hafiz  +6011-10645491

Comments

comments

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Previous post: